Thursday 19 April 2018

[Video Peserta pertikai Hadi, Zuhdi kata pakcik minda 'karat' & Sah Pas Terima Duit Umno & Prof Allen Hirson (Pakar Kaji Suara): Audio Nik Abduh Tulen!] RM35 juta dari ahli Pas? Harakah RM2 pun ahli tak mampu beli, sanggah Mahfuz.

Jumaat, 20 April 2018




RM35 juta dari ahli Pas? Harakah RM2 pun ahli tak mampu beli, sanggah Mahfuz

Datuk Mahfuz Omar

Dakwaan Pas bahawa perbelanjaan pilihan raya parti itu ditanggung sepenuhnya ahli parti dipersoalkan seorang bekas pemimpin kanan parti itu memandangkan akhbar rasmi parti – Harakah yang dijual RM2 senaskah pun tidak dibeli anggota parti.
Bekas naib presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, perbelanjaan mencecah puluhan juta ringgit bagi Pas bertanding di lebih 160 kerusi parlimen dan lebih 350 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) juga menunjukkan parti itu mendapat dana yang besar daripada pihak-pihak tertentu.
“Kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bahawa Pas berjuang dalam arena politik negara menggunakan dana yang disumbang daripada poket ahli-ahlinya sendiri sejak 1950-an lagi adalah kenyataan biasa dan difahami.
“Namun, ia berbangkit daripada persoalan yang lebih besar, bagaimana Pas boleh menanggung perbelanjaan besar dengan bertanding sebanyak 160 buah kerusi Parlimen?” soal beliau dalam satu kenyataan media.
Mahfuz (foto) yang kini naib presiden AMANAH berkata, jika Pas mampu berbelanja sekurang-kurangnya RM34.4 juta untuk bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dun yang diumumkan parti Islam itu, dana yang ada mustahil disumbangkan daripada “poket ahli Pas”.
Menurutnya, jika dakwaan Takiyuddin bahawa dana pilihan raya itu diperolehi daripada sejuta ahli Pas yang menyumbang RM35 seorang, mengapakah akhbar rasmi parti itu, Harakah yang berharga RM2 senaskah gagal dibeli majoriti ahli parti sehingga mengakibatkannya bermasalah dan terpaksa memberhentikan kakitangan dan mengecilkan operasinya.
“Bukankah Harakah adalah lidah rasmi Pas yang mesti dipertahankan hidup dan matinya? Bukankah Pas juga telah membuat kempen sumbangan bagi membantu mempertahankan penerbitan Harakah dengan harga RM2 senaskah seorang.
“Walaupun RM2 senaskah seorang, Harakah masih lagi merudum jualannya kerana ahli Pas sendiri tidak mahu menyumbang dan membelinya. Sepatutnya dengan keahlian Pas yang berjumlah 1 juta orang, Harakah tak sepatutnya dicetak 30,000 naskah sahaja,” soal beliau.
Pengalaman beliau berada di dalam Pas menunjukkan kempen kutipan derma daripada ahli untuk pelbagai tujuan kerap gagal mencapai sasaran.
Malah ketika menyertai pilihan raya umum (PRU) dengan bilangan kerusi yang sedikit ketika bersama Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif (BA), Pas tidak berbelanja mewah untuk kerja-kerja poster, bendera dan lain-lain.
“Bahkan, dalam pilihanraya kecil (PRK) yang dijalankan pun kita masih tidak mampu menampung perbelanjaan besar operasi pilihan raya walaupun semua kawasan dan cawangan seluruh negara berkampung dan memberikan sumbangan kepada Pas.
“Tiba-tiba dalam PRU ke-14, Pas umumkan nak bertanding lebih dari 160 kerusi Parlimen dan mendakwa dana diambil daripada poket ahli-ahli Pas. Hebat sungguh,” katanya sinis.
Sehubungan itu, beliau mencabar Pas untuk mendedahkan sumber dana pilihan raya parti itu
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena