Tuesday, 22 October 2013

Umno dan Komunis pun ada persamaan...TGNA

Selasa, 22 Oktober 2013
Umno Dan PAS Banyak Persamaan, Kata Muhyiddin Yassin,.......Ini Jawapan Dari TG Nik Aziz Pula........
Kenyataan Umno Dan PAS Banyak Persamaan Hanya Untuk Raih Undi - Nik Aziz
PAS yang membawa Islam syumul, Umno 'mengambil Islam sekerat-sekerat'.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno dan PAS mempunyai banyak persamaan dari segi asas perjuangan hanya dibuat untuk meraih undi di Sungai Limau.

Beliau berkata, hakikatnya Umno dan PAS tidak sama dan jauh berbeza dan menyifatkan hujah berkenaan sebagai 'tidak kena letak duduknya'.

"Jika disebut tentang persamaan, bukan sahaja Umno dengan PAS, bahkan Umno dan komunis pun ada persamaan.

"Komunis di China, mereka membangunkan China dengan membina pelbagai infrastruktur untuk rakyat.

Jika Umno mendakwa mereka membawa pembangunan untuk rakyat, maka ada persamaan di antara Umno dengan komunis.

"Saya tidak kata Umno komunis. Tetapi cara hujah seorang timbalan perdana menteri itu tidak kena letak duduknya," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook, Selasa.

Beliau mendakwa, berbanding PAS yang membawa Islam syumul, Umno 'mengambil Islam sekerat-sekerat'.

Beliau turut mendakwa, Umno juga meninggalkan roh Islam yang sebenar dan hanya melaksanakan Islam yang kosmetik.

"Sekalipun menjerit mendaulatkan bangsa Melayu, tetapi hak Melayu di Kelantan tetap dinafikan.

"Di dalam perundangan, Islam dijadikan tempelan semata-mata dan bukan didaulatkan dengan cara yang sepatutnya," katanya, sambil memberi contoh keputusan mahkamah yang mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah itu tidak terpakai kepada Sabah dan Sarawak hanya dikeluarkan selepas selesai pemilihan parti.

Dalam pada itu beliau turut mempelawa ahli-ahli Umno mengundi PAS dengan mengambil kira pandangan pemimpin mereka bahawa kedua-dua parti itu mempunyai persamaan.

"Ahli dan penyokong PAS tiada pilihan kecuali mengundi PAS kerana pandangan pemimpin PAS yang bertegas bahawa kedua-duanya (parti) tidak sama," katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai pemilihan Umno yang baharu berlangsung dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang menang.

"Tahniah kepada pemimpin-pemimpin Umno yang menang di pemilihan Umno baru-baru ini.

"Melihat kepada senarai kepimpinan Umno yang baru, pada saya ia hanyalah kereta lama yang diketahui bermasalah yang masih terus dipandu oleh pemandu yang lama yang juga bermasalah," katanya.

Pada Isnin, timbalan perdana menteri berkata Umno dan PAS adalah parti yang mendukung Islam dan berusaha membangunkan ummah dalam pelbagai bidang untuk kemajuan bersama.

Justeru, katanya, pengundi boleh memilih sesiapa sahaja dalam pilihan raya tetapi BN menawarkan pelbagai kelebihan berbanding PAS, terutama di Sungai Limau.
IdaMan
Muhyiddin kata BN dan PAS sama saja...jadi undilah PAS

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena