MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri yang juga calon Ketua UMNO bahagian Arau,Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) bersama pencabarnya, Jafperi Othman (dua dari kiri), membuat pemilihan calon di Pusat Membuang Undi di Dewan Sekolah Kebangsaaan Arau. - Foto Amran Hamid
Pemenang
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan sidang media Pemilihan UMNO 2013 di Putrajaya, hari ini. Foto Aizuddin Saad
* Datuk Seri Najib Razak
Dia mahu status quo dan dia dapat. Beliau mungkin menjadi bahan jenaka di Malaysia kerana sentiasa diam untuk semua isu penting dalam negara dan mempercayai bahawa semua masalah boleh diselesaikan dengan menghamburkan wang, tetapi nampaknya dalam Umno , dia bertambah kukuh.
Semua orang kanannya - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi , Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipilih semula sebagai naib presiden semalam. Juga melindungi dirinya di kiri dan kanan adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengamuk terhadap Najib , ia hanya mampu membuat bising sahaja kerana bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai mereka yang berkuasa di jawatan kanan Umno untuk menggoncang Najib.
Najib berada dalam kedudukan yang lebih kukuh dalam parti itu berbanding selepas pilihan raya 5 Mei lalu. Tetapi adakah dia akan melakukan apa-apa dengan mandat itu atau dia akan kekal sebagai Mr Tanpa Nama?
SAH... (Dari kiri) Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masing-masing mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO, pagi ini. - Foto Yazit Razali
Jika dalam pilihan raya akan datang Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertanding, siapa lagi yang akan menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Tidaklah buruk sangat menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998 dan sehingga beberapa tahun lalu beliau masih merenung masa depan politiknya dan harga untuk menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tidak baik untuk seseorang tanpa graviti atau mempunyai kehebatan intelektual sebagaimana beberapa bekas timbalan perdana menteri sebelum ini, seperti Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Musa Hitam.
Tetapi siapalah kita untuk mengatakan apa-apa. Umno benar-benar suka kepada yang pandai bercakap dan beretorik sayap kanan.
* Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Ingatkah rakan sekelas anda yang tidak melakukan apa-apa sepanjang tahun, tetapi bertungkus lumus sebulan menjelang peperiksaan dan berjaya lulus SPM. Begitu juga menjelang STPM, dan dia mengikis untuk melepasinya.
Sekarang fikirkan Hishammuddin Hussein. Dia tidak melaksanakan tugasnya dengan baik sebagai Menteri Pelajaran dan hanya berjaya mencelah di saat akhir sebagai naib presiden dalam pemilihan parti yang lalu, terima kasih kepada campur tangan saat akhir sepupunya, Najib.
Kali ini, dia terpaksa menggunakan seluruh tenaganya untuk menang. Hatta Shahrizat terpaksa menggerakkan Wanita Umno untuk membantunya, satu peralihan yang cukup sedih untuk seorang bekas Menteri Dalam Negeri.
Kali ini, dia terpaksa berlari sendiri.
MENTERI Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan (kiri) Khairy Jamaluddin (kanan) dan Awaludin Said di dewan mengundi Perwakilan UMNO Bahagian Rembau di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, hari ini. - Foto Dzulkeffli Mustapha
Beliau mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno dengan begitu selesa dan meletakkan dirinya sebagai reformis dalam parti (ia hanya penjenamaan kerana dalam Umno reformis adalah seseorang yang mengatakan dia adalah reformis. Melaksanakan apa yang dikata hanya satu pilihan bukan kemestian).
Dengan Datuk Mukhriz Mahathir terkeluar daripada saingan dan keupayaan Dr Mahathir untuk mempengaruhi Umno semakin lemah, Khairy dijangka akan mengambil tempat lebih tinggi dalam Umno.
Beliau juga dijangka akan bertanding naib presiden dalam pemilihan akan datang. Sebagai seorang yang lebih dikenali sebagai menantu Tun Abdullah Badawi, beberapa bulan kebelakangan ini tidaklah buruk sangat untuk beliau.
Mereka yang kalah:
Adakah ini yang terbaik boleh ditawarkan oleh satu parti pemerintah untuk rakyat Malaysia? Ya, ini adalah pasukan impian Umno : Ahmad Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Hishammuddin Hussein. Salah satu daripada mereka akan boleh berakhir sebagai Perdana Menteri.
Ada Zahid yang sehingga hari ini masih tidak dapat menjawab tuduhan kronisme yang dibangkitkan terhadapnya oleh Dr Mahathir pada 1998 atau menafikan dakwaan menyerang rakan anak perempuannya.
Dia diiapit oleh kenyataan yang penuh dengan cauvinis, hasutan atau hanya cakap kosong yang tidak masuk akal.
Shafie pula tidak berwarna, dengan prestasi lemah yang dibawa dari Sabah manakala Hishammuddin yang terkenal dengan keris terhunus semasa perhimpunan Umno 2006 tetapi hanya mampu melihat jenayah menjadi masalah semakin serius ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri.
Tetapi ini adalah yang terbaik yang boleh ditawarkan Umno. Umpama pasukan bola sepak Malaysia: dengan wajah pucat lesi Arumugam, Soh Chin Aun dan Mokhtar Dahari .
* Tun Dr Mahathir Mohamad
Bekas perdana menteri itu masih mempunyai beberapa tarikan dalam Umno tetapi tidak berpengaruh sangat sebagaimana yang ditulis oleh penulis blog dan penyokong serta keluarganya ingin percaya. Tanpa nama Dr Mahathir dan kempen sengit bapanya, Mukhriz sudah lama hancur.
MENTERI Besar yang juga calon Naib Presiden UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir membuang undi pada mesyuarat perwakilan bahagian Jerlun, Alor Setar, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor
Bagi Dr Mahathir , ini adalah pemilihan yang kedua suaranya tidak didengari. Semasa PRU 13 lalu, walaupun berkempen untuk Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin, namun dikalahkan oleh calon PAS di kerusi Pasir Mas dan Shah Alam.
* Datuk Seri Mohd Ali Rustam
KETUA Bahagian Bukit katil, Datuk Seri Ali Rustam (empat dari kiri) menjulang tangan Timbalan Ketua Bahagian Bukit katil, Datuk Yunos Husin (tiga dari kanan) dan Naib Ketua Bahagian Bukit katil, Datuk Hasnoor Sidang Hussien (dua dari kanan) pada Pemilihan UMNO di Bahagian Bukit katil yang diadakan di MITC, Melaka. - Foto Mohd Khairul Helmy
Kolej pilihan raya mungkin dilanjutkan tetapi kuasa sebenar adalah 191 ketua bahagian. Mereka sebenarnya yang menentukan bentuk pengundian untuk perwakilan mereka, majoriti daripada mereka tidak mahu Najib marah kerana beliau sudah menyatakan status quo mesti dikekalkan. - 20 Oktober , 2013/TMI.
*Gambar ehsan BH Pemilihan UMNO 2013
0 comments:
Post a Comment