KECOH SATU DUNIA MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO BAHAGIAN PEKAN, PAHANG TERPAKSA DI ADAKAN TANPA BEKALAN ELEKTRIK!!!!
Yang tukang pecah kisah ini bukannya alang-alang media tetapi lidah biawak rasmi UMNO Utusan Online betapa Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian, Pekan, Pahang petang tadi 12hb Oktober 2013 dimana Ketua Bahagiannya tidak lain tidak bukan, Najib Razak terpaksa mengadakan mesyuaratnya tanpa bekalan elektrik... Bahasa yang mudah dan glamer ialah Mesyuarat Blackout!!!
Inikan semasa PRU 13 lalu yang ada kisah Blackout .. Mesyuarat UMNO pun ada juga dan ianya berlaku di bahagian yang diketuai Najib Razak.
Ini dinamakan Alah Bisa Tegal Biasa.
Posted by OMAK KAU!!!
Senarai Kepincangan Pemilihan!
Ini dia senarai kepincangan dan rasa tak puas hati dikalangan perwakilan UMNO seluruh Malaysia yang aku kutip dari laporan akhbar ..
Bekalan elektrik terputus semasa pemilihan di Pekan
Sidang di Tampin tegang, gara-gara kiraan undi utusan)
Pemuda: Mesin kira rosak, keputusan lewat di Bagan - (utusan)
Pemuda: Pemilihan di Kulai tangguh kerana masalah teknikal
Pemuda: Kecoh nombor calon hilang di K. Pilah - (utusan)
Pemuda: Tiba-tiba jumlah perwakilan bertambah di Seremban - (utusan)
Wanita: Perwakilan hempas mikrofon akibat tak puas hati di Gua Musang - (utusan)
Wanita: Pemilihan di Baling tertangguh 2 jam, kertas undi hilang - (utusan)
Puteri: Sidang di Rantau Panjang panas, tikam lidah - (utusan)
Pemuda: Sidang di Pasir Gudang kecoh, media dihalau - (utusan)
Wanita: Pengundian umpama simulasi, kurang serius di Kubang Kerian : kelam kabut - (utusan)
Kertas undi kurang, pemilihan di Melaka sedikit terganggu - (utusan)
Warna kertas undi sama jadi rungutan perwakilan - (utusan)
Puteri: Kertas undi 'hilang', pemilihan di Sungai Besar tergendala - (utusan)
Calon AJK Puteri Telok Kemang kecewa nama digugur
Puteri: Pencalonan Noor Asikin ditolak di saat akhir di Rantau Panjang
Pemuda: 75 perwakilan 'boikot' pemilihan di Ipoh Barat
Wanita: Pemilihan di Ampang sedikit kecoh
Takkan macai nak kata aku buat cerita pulak .. aku kutip dari akhbar kesayangan UMNO dan para macai .. utusan online .. hehehehhe
Bagi yang menang mesti tidur lena .. bagi yang tak menang .. jangan merajuk na hahahhaha..
pen buruk online
Wanita hempas mikrofon dan dakwaan pengundi hantu
Lawannya iaitu penyandang jawatan, Munaliza Hamzah menang jawatan tersebut dengan 198 undi berbanding Norkhaila yang mendapat 196 undi.
Menurut Utusan, Norkhaila mendakwa jumlah kehadiran perwakilan adalah seramai 389 orang sedangkan jumlah undi yang diterima adalah 401 undi termasuk 7 undi rosak.
"Jadi mana pengundi hantu itu dan saya kata ada penipuan besar di sini.
"Jadi saya harap perkara ini dapat diselesaikan kerana dengan cara beginilah orang fed up (bosan) dengan Umno ini," katanya kepada pemberita.
Beliau dilapor akan membuat bantahan pada malam ini untuk dihantar kepada Umno Selangor dan Umno Malaysia.
Di Gua Musang pula, seorang perwakilan dalam pemilihan Wanita dilaporkan bertindak menghempaskan mikrofon ke lantai apabila senarai pencalonan cawangannya tidak diterima dan ditolak.
Insiden jam 11 pagi berlaku apabila beliau bangun dan mencapai mikrofon untuk bercakap.
Namun, ia dipadamkan sekaligus mengundang amarahnya lalu bertindak menghempaskan mikrofon terbabit ke lantai.
Di Tampin, Utusan melaporkan mesyuarat Pemuda UMNO tegang selepas 99 ahli perwakilan bertindak keluar dewan beramai-ramai sewaktu mesyuarat berlangsung.
Ia berlaku kerana mereka tidak berpuas hati dengan kiraan undi perwakilan ke sidang perwakilan Umno bahagian Tampin pada 19 Oktober ini.
Calon Ketua Pemuda Umno bahagian, Saiful Adly Abd Wahab mendakwa pengiraan yang dibuat itu tidak sama dengan jumlah yang dikira oleh wakilnya.
Di Pasir Gudang pula, kekecohan turut berlaku apabila Pengerusi Tetap Pemuda Umno bahagian, Moeinuddin Zakaria menghalau wartawan dari tempai mesyuarat di Dewan UniKL di Bandar Seri Alam./~malaysiakini
0 comments:
Post a Comment