Sunday, 20 October 2013

Gempar! Pelajar Melayu makan cicak kerana terlalu lapar - Iskandar (YDP Pas Pandan)

Isnin, 21 Oktober 2013
Hutang kroni BN berbillion.. sapa nak tanggung ni?? Kerajaan Bn la tanggung, sapa pula dia nak kerah suruh bayar hutang2 ni?? Rakyat la yang kena..
Fb Pejuang keadilan


Gempar!! Pelajar Makan Cicak Waktu Rehat Kerana Terlalu Lapar
YDP PAS Kawasan Pandan
YDP PAS Kawasan Pandan Iskandar Abdul Samad
"Ketika pelajar lain ke kantin, pelajar malang ini mencari cicak untuk dimakan," kata Yang Dipertua PAS Pandan, Iskandar Abdul Samad.
SHAH ALAM: Percayakah anda jika diberitahu ada pelajar Melayu di sebuah sekolah rendah di ibu kota Kuala Lumpur terpaksa mencari cicak untuk dimakan semasa waktu rehat kerana terlalu lapar sedangkan beliau tidak dibekalkan wang dan makanan ke sekolah lantaran kesempitan hidup keluarga (atas, gambar hiasan).

"Ketika pelajar lain ke kantin, pelajar malang ini mencari cicak untuk dimakan," kata Yang Dipertua PAS Pandan, Iskandar Abdul Samad.

Kisah ini diceritakan Iskandar kepada Harakahdaily tatkala diminta mengulas entri beliau di laman blognya baru-baru ini.

Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor diwawancara Harakahdaily di pejabatnya, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

Menurut Iskandar, menyedari kejadian tersebut, guru di sekolah berkenaan segera memasukkan nama pelajar terbabit dalam senarai Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah.

"Hanya setelah peristiwa itu, barulah guru-guru sekolah tersebut tahu betapa melaratnya keluarga pelajar tersebut. Memang ada keluarga yang hidup susah tetapi tidak mahu meminta-minta," ujarnya.

Sehubungan itu Iskandar menggesa para petugas parti supaya turun ke tengah masyarakat untuk melakukan tinjauan seterusnya mengenal pasti keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan.

"Mereka (aktivis parti) perlu menyedari bahawa mereka bukan sahaja pemimpin parti tetapi juga pemimpin masyarakat," ujarnya.

Sehubungan itu beliau mahu aktivis parti lebih prihatin dengan masalah rakyat setempat dan keluar daripada kepompong surau dan masjid.

Dalam entri di laman blognya baru-baru ini, Iskandar berkata cabaran utama dalam menyampaikan bantuan bukanlah jumlah wang yang diperuntukkan tetapi untuk mencari orang yang benar-benar layak dibantu.

"Kita gagal kalau kita menyampaikan bantuan kepada mereka yang tidak layak walhal mereka yang layak ditinggalkan.

"Saya juga percaya mereka yang betul-betul layak atau betul-betul melarat hidupnya tidak mempunyai kemampuan untuk datang berjumpa YB, nazir masjid, pengerusi surau, penghulu atau ketua kampung.

"Adalah menjadi tugas kita untuk turun padang cari 'dari pintu ke pintu'," tegasnya.

Beliau menceritakan pengalaman berjumpa sekeluarga yang berbuka puasa dengan nasi dan kicap di kawasan yang diwakilinya.

Sehubungan itu, Iskandar menyeru aktivis parti untuk sentiasa 'turun ke bawah' bagi mengetahui hal kebajikan rakyat di kawasan masing-masing. Harakahdaily.
Fb Kita Bantai Dot Info

1 comments:

kate lisa said...

Apa cerita yang luar biasa dalam hidup saya, nama saya ialah Puan princilar josh Minggu lepas yang mencari pinjaman sebanyak $ 580,000.00 USD maka saya memohon pinjaman di salah satu syarikat pinjaman dalam talian di mana i adalah penipuan kira-kira $ 6000usd dalam pemberian pinjaman dalam UK, tetapi apabila saya meletakkan mengadu kawan baik saya memberitahu saya bahawa satu-satunya tempat untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, syarikat itu adalah jaminan 100% bahawa jika saya memohon dalam perniagaan yang saya untuk mendapatkan pinjaman tanpa apa-apa kelewatan dalam transaksi, jadi saya bertanya kepada syarikat di mana saya boleh mendapatkan pinjaman saya minggu lepas, jadi nasihat saya kepada rakyat adalah cara baru bahawa syarikat adalah tempat terbaik untuk mendapatkan pinjaman dalam talian tanpa apa-apa kelewatan OK. Melalui e-mel: mrskatelisaloanhome1@gmail.com jadi saya di sini pengendalian projek perniagaan saya jadi saya akan menasihati orang ramai bahawa masih terdapat beberapa pemberi pinjaman pinjaman yang sah supaya e-mel kepada Puan Kate Lisa dan anda menunaikan pinjaman dalam tempoh 10Mins okay, jadi saya akan berada di sini menunggu ke sini testimoni anda sendiri Allah Bless.

princilar josh

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena