Wednesday, 23 October 2013

Gambar Tragedi Terjahan Air Empangan TNB Sultan Abu Bakar, Ringlet & Satu Soalan Buat TNB...


Rabu, 23 Oktober 2013
Photo


Mangsa Tragedi Terjahan Air Empangan awal pagi tadi...
SATU SOALAN BUAT TNB
Mohon Pencerahan Daripada TNB
Sebuah empangan membentuk tasik yang kelihatan indah dan tenang
Sebuah empangan hidro perlukan penyelenggaraan. Sungai tidak diketahui isinya. Apa-apapun masuk ke dalam sungai. Dari bahan hakisan, kumbahan, kayu dan dedaun reput, pasir halus dan bahan berbutir. Semua bahan-bahan ini akhirnya mengalir sehingga sampai di empangan, di mana ia terperangkap. Apabila air berhenti bergerak, mendapan jatuh ke bawah takungan dan mula terkumpul. Jika dibiarkan, akhirnya sedimen (lumpur dan lain-lain) menjadi begitu banyak. Macam-macam boleh terjadi kalau tidak dibersihkan. Misalnya ia boleh jatuh ke dalam saluran paip, dan merosakkan peralatan penjana. Ataupun, ia memenuhi kawasan takungan air, dan menyebabkan kehilangan ruang penyimpanan (storage) air.

Jika hujan lebat turun, ia akan menyebabkan air melimpah dengan pantas. Akibatnya, peralatan penjana akan terjejas ataupun, lagi teruk jika empangan pecah. Oleh kerana itu sedimen perlu dikeluarkan dari takungan. Maknanya empangan perlu dibersihkan. Ia perlu dilakukan dua tahun sekali, selalunya di waktu malam.

Soalan Yong buat TNB ialah:
Bilakah kali terakhir empangan ini dibersihkan?
 Berikut salah satu gambar tragedi masalah empangan:

Keadaan di kawasan sekitar di Lembah Bertam yang musnah dan dipenuhi lumpur dalam insiden Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet dekat Cameron Highlands yang terpaksa melepaskan air ekoran paras air yang melimpah secara mendadak awal pagi Rabu. Foto SAIFUL BAHRI / THE STAR
JANGAN SALAHKAN KETENTUAN ALLAH
JANJI BUAYA
JANJI BUAYA
Posted by Yong at 03:26



Posted by House PK


Kawasan bencana Bertam Valley
Pasukan bomba mengesahkan dua orang individu maut selepas satu empangan di Ringlet, Cameron Highlands melepaskan air melalui pintu kawalannya.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu dalam laporan itu menyebut, mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun. Katanya, pasukan itu masih mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang.

Setakat ini, disahkan, 3 orang maut dan 3 orang hilang.

Sementara itu, ADUN Teja yang melawat kawasan tersebut pula berkata seramai tiga orang maut dan seorang lagi hilang di Bertam Valley.

Akibat daripada kejadian ini, sebanyak 100 kenderaan turut rosak teruk dan 80 buah rumah rosak akibat banjir kilat.















Posted by Polos at 3:17:00 PM



0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena