Thursday 31 October 2013

Sg Limau - Pesta Seksa Itik Dalam Bendang Siri Kedua Bersama Artis Tua...

Jumaat, 1 November 2013
PRESIDEN PAS, MAHFUZ, SALAHUDDIN, SYED AZMAN, AMIRUDDIN 'BERKUBANG' DALAM BENDANG 'MENABUK PADI BENIH'
Anak panah - Tunas Benih Padi

Presiden PAS nampaknya tidak kekok masuk bendang. Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Dato' Amiruddin Hamzah dapat menikmati selut bendang apabila mereka bersama-sama calon PAS PRK Sungai Limau, Ustaz Azam Abdul Samat menabur benih padi di tengah bendang. Sama ada mereka pernah ke bendang atau tidak, sekurang-kurangnya apa yang dirasai oleh orang bendang kini mereka harungi.
MB Besar Kedah yang baharu tiada acara ini disediakan oleh Markas Induk PRK mereka. Barangkali, beberapa hari lagi kempen masih berbaki, Mukhriz Tun Mahathir bersama calonya, Dr Sohaimi akan masuk bendang juga untuk membuktikan mereka tidak kekok dengan bendang seperti Tuan Guru Abdul Hadi dan Mahfuz Omar.
Tidak terfikirpun oleh sesiapa, untuk menjadikan bendang medan kempen PRK Sungai Limau. Tetapi ia menjadi dan berjaya memikat pengundi apabila Markas Induk PAS PRK mencipta acara ini. Nama programnya ialah "Program Tok Guru Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi" dan telah diadakan di Kg Pulau Tembun dalam siri kempen PRK Dun Sungai Limau 30 Oktober lalu.
Ini kali pertama saya melihat Tuan Guru Abdul Hadi mengharuk bendang yang sarat dengan selut dan lendir. Foto-foto tokoh PAS ini memancing di laut memang sering dilihat dan direnung. Hobi Tuan Guru memang suka memancing dan memburu. Adegan ini juga kali pertama saya menatapi Adun Batu Buruk, Syed Azman Syed Nawawi, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob, Ketua Pembangkang Dun Kedah, Amiruddin Hamzah dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar masuk bendang. Bukan menangkap ikan atau menanam padi, tetapi menyiram benih padi secara tabur menggantikan kaedah menanam padi seperti dahulunya. Tahniah semua yang menjayakannya.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Jumaat, November 01, 2013

Pemuda dan Puteri  lebih galak lagi beraksi dalam bendang...seksa itik!
Artis ke Sungai Limau Bantu Kempen BN

[MK] Malaysiakini sempat singgah ke sebuah rumah di Batu 18 yang menjadi tempat persinggahan seniwati Norlia Ghani, pelawak Abon, penyanyi Hail Amir, serta pelakon Aznah Hamid yang turun berkempen untuk BN.

Norlia Ghani yang popular memeran watak Joyah dalam siri Opah tidak lama dahulu bertindak sebagai jurucakap artis ini menjelaskan program mereka ini dinamakan 'Ziarah Syukur'

Acara terbaru...seksa itik kedua pula..hahaha...
Aduhhhh....ingatkan dah habis dah kempen seksa itik dalam bendang_sebab pada 27 Okt lepas depa dah buat dah [ Puteri UMNO Siksa Itik Dalam Bendang]...rupanya hari ini 31 Okt depa buat lagi pesta yang sama lagi_tapi kali ini peserta dari Pemuda dan Puteri  lebih galak lagi beraksi dalam bendang untuk kejar atau seksa itik,sebab ada beberapa artis veteran Tua dipunggut datang oleh UMNO Kedah dalam misi kempen PRK N20.

Masa PAS buat gimik tabur padi dalam bendang oleh Tuan Presiden PAS TG Abdul Hadi beberapa hari lepas puak UMNO jadi sasau konon-nya acara yang memalukan... 

Nah..!!!Sekarang  Hangpa tengok...siapa yang lebih memalukan dalam bendang..???

Mana ulamak UMNO atau Ust UMNO...mai bagi tau sikit apa cerita dengan acara Puteri dan Pemuda UMNO dalam bendang ni...teringin cek nak dengak....hahaha...

Nampak sesangat UMNO Kedah dah ketandusan akai kepala otak dalam berkempen di Sungai Limau...bikin malu saja dengan itik-itik....hahaha....
Dicatat oleh Orang ni di 8:34 PG  

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena