Sunday, 27 October 2013

N20 Sg. Limau: Hah! Betoi Ka Calon BN Neh? 'Terbongkar Rahsia Melalui SMS'...

Ahad, 27 Oktober 2013
Mahfuz Nafi Sebar SMS Fitnah
YAN: Kempen politik berhemah yang cuba diterapkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau telah dicacatkan dengan penyebaran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) fitnah palsu yang kononnya disebarkan oleh Pengarah PRK Parti Islam Semalaysia (PAS) DUN Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar terhadap calon Parti Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohami Lazim.

SMS fitnah yang dikatakan menggunakan nombor telefon bimbit Mahfuz tersebut bertulis “Calun BN Sg Limau tu Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya tapi jadi cikgu sementara ja.


Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik ja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tg Malim. Ramai orang tak kenal beliau di DUN Sg limau. Fikirlah" dikatakan telah mula tersebar sejak petang semalam.

SMS fitnah yang kononnya disebarkan oleh Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz Omar dalam sidang media di Markas PAS DUN Sungai Limau di Bukit Besar telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau terlibat dengan penyebaran tersebut.

“Saya menerima SMS tersebut sekitar jam 12.26 pagi tadi dari kawan saya yang menghubungi saya yang meminta kepastian adakah benar saya menyebarkan SMS tersebut kerana ianya telah tersebar di media sosial dan laman blog seperti ‘flyingkick.blogspot.com’ dan ianya menggunakan nombor telefon bimbit saya,” kata Mahfuz.

Beliau berkata cubaan tersebut merupakan suatu cubaan politik yang rendah dan tidak bermoral yang cuba dilakukan oleh BN.

“Yang bertanding bukan saya dan bukannya saya calon di Sungai Limau tetapi ayatnya seolah-olah saya yang menghantar mesej tersebut dan isunya ialah mesej ni menggambarkan bahawa calon ini (Dr Sohaimi) ini pernah mendapat rawatan penyakit mental. Ini adalah fitnah. Wallahi Wabillahi Watallahi. Saya tidak buat mesej tersebut kepada mana-mana pihak,” katanya lagi.

Beliau berkata ini adalah perbuatan keji cuba menimbulkan provokasi bagi menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat serta menghilangkan suasana politik harmoni dan damai yang tersedia ada di DUN Sungai Limau.

“Saya hairan bagaimana nombor saya boleh dicetak rompak untuk penyebaran fitnah seumpama ini. Saya percaya mungkin selepas ini calon PAS (Mohd Azam Samat) akan menerima fitnah-fitnah seperti ini untuk memburukkan imej PAS dan imej calon PAS di sini. Saya bukanlah ahli politik yang bodoh untuk memburukkan imej saya dan mencalarkan politik bermoral rendah seperti ini,” kata Mahfuz.

Mahfuz menambah beliau masih lagi belum membuat laporan polis dan akan meminta nasihat dengan peguam beliau terhadap perkara tersebut.
Posted by Jeebond BLM at 5:26 pm /BLM

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena