Sunday 20 October 2013

Meremajakan UMNO : Mengisi 25 Senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO...& Lihatlah berapa juta sudah dibelanjakan!

Ahad, 20 Oktober 2013
Gambar Ikan Jerung Gergasi Yang Ganas - Tabek Puang.com

syburi-times.blogspot.com
Diberitakan "modal"untuk jawatan Naib Presiden mencecah RM13 juta!
Soalnya bagaimana "modal" itu diperolehi? 
Umno perlu keluar daripada persepsi politik wang
aans1.blogspot.com

Umno parti yang berusia 67 tahun buat pertama kali akan menggunakan sistem pemilihan ‘electoral college’ yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam pemilihan serentak di 191 bahagian parti di seluruh negara kecuali Sarawak pada 19 Oktober ini.
Justifikasi terhadap penggantian sistem pemilihan ini, menggantikan sistem kuota adalah untuk menghapuskan politik wang yang selama ini, dikatakan menjadi barah atau perosak kepada parti.

Saya sudah beberapa kali mendengar atau melihat pimpinan dan pengurusan Umno menyatakan bahawa melalui sistem pemilihan baru ini, gejala politik wang akan dapat dihapuskan atau dikurangkan.
Ia disebabkan sebelum ini, ramai yang beranggapan bahawa calon bertanding mudah menyogok wang kepada 2,500 perwakilan untuk mengundi mereka.

Dan berdasarkan kaedah pemilihan baru kali ini, 146,500 perwakilan daripada 191 bahagian Umno akan mengundi serentak bagi memilih pimpinan baru terutama sekali persaingan sengit untuk tiga jawatan Naib Presiden serta 25 kerusi Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Tetapi masih ramai yang keliru bahawa kaedah pengiraan undi untuk pemilihan baru ini, bukanlah perjumlahan undi yang merangkumi 146,500 perwakilan.

Sebaliknya, setiap calon yang menang di setiap bahagian akan mendapat 1 undi daripada bahagian berkenaan dan jumlah berkenaan akan dicampurkan sehingga mendapat 191 bahagian.
Baru-baru ini, ada ahli Umno akar umbi merujuk kepada saya sebagai Ketua Bahagian mereka untuk  berbincang mengenai kaedah pemilihan baru  dengan mendalam.
Selepas  saya menerangkan  kaedah pemilihan baru menggunakan sistem ‘electoral college’ ini, mereka menyatakan bahawa jika itu cara pengiraan undinya, ia akan menjadikan seorang Ketua Umno Bahagian itu terlalu berkuasa.

Alasan mereka bahawa  jika ada Ketua Umno Bahagian yang tidak dicabar dan sudah pasti perwakilan daripada bahagian berkenaan akan mengikut ’senarai’ calon pilihan Ketua Bahagian berkenaan.
Pada masa sama,  menurut mereka jumlah calon yang bertanding untuk MT sudah pasti ramai dan yang hendak dipilih adalah 25 orang, jadi sudah pasti memberikan kelebihan kepada calon yang  ‘establish’ seperti berjawatan dalam Kabinet disebabkan perwakilan sudah mengenali beliau.
Atau mungkin ada calon yang bertanding untuk jawatan Naib Presiden bertindak untuk mendapatkan ‘bantuan’ daripada rakan-rakan Ketua Bahagiannya dalam usaha memenangi jawatan berkenaan kerana ia adalah isyarat untuk naik ke jawatan Timbalan atau Presiden parti.  Pertaruhannya sudah pasti lebih tinggi.

Mereka kemudian membuat perkiraan mudah untuk jawatan Naib Presiden, jika enam calon yang bertanding, dia memerlukan sekurangnya 64 undi daripada 191 bahagian untuk menjamin kerusi berkenaan.
Jika ada calon yang bertindak untuk mendapatkaan ‘bantuan’ daripada rakan-rakan Ketua Bahagian bagi mendapatkan 1 undi daripada bahagian berkenaan dengan membuat sedikit pelaburan, katakan RM200,000 daripada 1 bahagian, calon berkenaan hanya perlu melabur kira-kira RM13 juta untuk menjamin tempat sebagai Naib Presiden.

Malah, mereka lebih sinis turut menyatakan bahawa jika keenam-enam calon Naib Presiden ‘melabur’ RM200,000 seorang kepada Ketua Umno Bahagian, potensi seorang Ketua Bahagian mendapat RM1.2 juta daripada keenam-enam calon Naib Presiden.

Saya kemudian teringat arwah ayahanda saya, Tan Sri Mohamed Rahmat selaku Setiausaha Agung Umno mendedahkan dalam Pemilihan parti 1993 Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno ‘membayar’ RM1 juta seorang kepada 90 Ketua Bahagian dalam usaha untuk mendapatkan sebagai Timbalan Presiden parti, ia sebagai langkah untuk meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri.

Persoalan yang timbul di kalangan ahli akar umbi Umno, bagaimana politik wang dalam parti dapat dihapuskan jika satu kerusi Naib Presiden hanya bernilai RM13 juta?
Terus terang, saya sendiri terpaku dan terdiam apabila diajukan persoalan itu, yang jelas mempunyai asas kuat.

Disebabkan itu saya yakin ia adalah antara sebab mengapa ada usaha untuk memastikan tiada pertandingan di peringkat jawatan Naib Presiden kerana ia risiko besar jika ada calon yang sanggup terus menggunakan wang bagi mendapatkan jawatan dalam parti.
Bagaimanapun, percaturan untuk mengatur supaya tiada pertandingan untuk jawatan Naib Presiden bertentangan dengan amalan demokrasi kerana ia akan menjadikan Umno sebagai parti ‘yes sir’.
Kehendak ahli akar umbi dalam parti, adalah untuk menyuburkan amalan demokrasi dalam Umno dan adalah lebih baik pertandingan diadakan terutama sekali di peringkat Naib Presiden.

Tidak salah jika saya katakan bahawa ia juga pertaruhan besar buat Presiden parti dalam memastikan imej Umno tidak terus terpalit dengan gejala politik wang.
Tetapi bagaimana YAB Datuk Seri Najib mahu mengawal perkara berkenaan daripada berlaku dengan memperkenalkan kaedah pemilihan ini, yang kemudian akan terus dipersoal dan dimomokkan oleh pembangkang sehingga menyebabkan rakyat terus mempersoalkan keikhlasan beliau dalam membetulkan parti.

Justeru, adalah amat penting supaya lebih ramai calon diberikan peluang untuk bertanding bagi membuktikan  bahawa Umno benar-benar mahu keluar daripada persepsi serta tanggapan bahawa parti dikuasai politik wang.

Ia sekaligus memberi peluang untuk 146,500 perwakilan benar-benar berfikir calon sebenar untuk memimpin parti yang akan menjadi barisan pelapis kepada kepimpinan YAB Presiden dan YAB Timbalan Presiden Umno.

Seperti kata pepatah Inggeris, ‘the more the merrier it will be’. – 19 September, 2013.
Artikel ini diambil daripada portal The Malaysian Insider
By Jazlan · Filed Under In the News, Online
Pemilihan UMNO : Beri Peluang Kepada Calon Team Pemuda Mengisi 25 Senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO
yuseriyusoff@gmail.com

UMNO KORUPSI : Jangan lihat kemenangan tetapi lihatlah berapa juta sudah dibelanjakan...
Pemilihan UMNO telah selesai.Bermula Presiden dan Timbalannya yang menang tanpa bertanding hinggalah kepada pemilihan sengit Ketua Pemuda,Ketua Wanita,Ketua Puteri dan "amat sengit" jawatan Naib Presiden.

Melihat kepada persaingan itu, bayangkan berapa juta RM telah dibelanjakan oleh setiap calon. Bermula calon Ketua Bahagian hinggalah Naib Presiden.

Diberitakan "modal"untuk jawatan Naib Presiden mencecah RM13 juta seorang.Manakala calon Ketua Bahagian memerlukan "modal" RM 1 juta seorang.

Soalnya bagaimana "modal" itu diperolehi? Ianya senang jika calon itu memegang jawatan menteri,Pengerusi badan berkanun dan pengerusi GLC.

Dengan memegang kunci "lubuk emas" ini,calon-calon mudah untuk dapatkan "sponsor dan modal" untuk diagihkan kepada pengundi. Sponsor mereka terdiri dari taukeh-taukeh kapitalis Cina dan kroni yang sememangnya "dahagakan" projek-projek UMNO.

Ironisnya, sama modus operandis seperti menghadapi Pilihanraya Umum. Jika PRU,UMNO berhadapan dengan pembangkang manakala dalam pemilihan ini,UMNO bergelut sesama sendiri.

Bezanya,umpanan kain pelikat dalam PRU berbanding umpanan lawatan ke luar negara,duit saku untuk pemilihan UMNO.

Peribahasa moden, " Jika sesiapa mengatakan dalam pemilihan UMNO tiada rasuah,dia adalah pembohong besar ! " .Posted by Tok Pepijat at 11:55 PM

azmieyusoff.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena