Sunday 20 October 2013

Tuan Ibrahim paling tinggi pencalonan untuk Timbalan Presiden PAS... & Lesen percetakan Bible Bahasa Melayu...

Isnin, 21 Oktober 2013
Lesen percetakan Bible Bahasa Melayu
'Lesen percetakan Bible Bahasa Melayu yg tertera Kalimah Allah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri,Kerajaan M'sia...' -Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
KedahLanie

 قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ ۚ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
– آل عمران : 64

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah", kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam

Say: O followers of the Book! come to an equitable proposition between us and you that we shall not serve any but Allah and (that) we shall not associate aught with Him, and (that) some of us shall not take others for lords besides Allah; but if they turn back, then say: Bear witness that we are Muslims
Fb Kita Bantai Dot Info shared KedahLanie's photo


Tuan Ibrahim paling tinggi pencalonan untuk Timbalan Presiden PAS
TUAN GURU DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Menjelang tarikh tutup pencalonan untuk pucuk pimpinan PAS malam ini, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dikatakan mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.

"Tidak syak lagi saya rasa, Tuan Ibrahim mendapat paling banyak pencalonan berdasarkan maklumat yang saya dapat," kata seorang pemimpin kanan PAS yang enggan namanya disiarkan.

Semua pencalonan untuk pemilihan PAS tahun ini akan ditutup jam 12 malam ini sebelum ditentukan pencalonan untuk setiap calon, kata Pengerusi jawatankuasa Pemilihan PAS, Haji Asmuni Awi.

"Kita akan mula buka semua kertas pencalonan dari kawasan dan dewan-dewan malam ini sebelum tarikh tutupnya pada jam 12 malam ini dan esok saya akan membuat sidang media mengenainya," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.

Menurut Asmuni, seorang peguam, semua kertas pencalonan perlu sampai ke Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut menjelang jam 12 malam ini secara pos atau melalui serahan tangan.

Penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS sekarang, Haji Mohamad Sabu sebelum ini mengesahkan akan merpertahankan jawatan itu.

Tuan Ibrahim pula dalam wawancaranya dengan sebuah akhbar harian berkata, beliau akan melihat jumlah pencalonannya dahulu sebelum  membuat sebarang keputusan.

Sehingga kini, empat nama yang disebut mendapat pencalonan utama dari kawasan-kawasan untuk jawatan ini. Selain Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu, turut mendapat pencalonan adalah Datuk Husam Musa dan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

Sejak dua pemilihan lalu, mana-mana kumpulan yang mempunyai dua calon akan kalah. Pada pemilihan tahun 2009, Husam Musa dan Mohamad Sabu (yang bukan ulama) kalah di tangan Nasharudin Mat Isa.

Dalam pemilihan 2011 pula, Tuan Ibrahim dan Nasharudin (kedua-duanya dikira kumpulan ulama) pula kalah di tangan Mohamad Sabu.

Menjelang pemilihan kali ini, ahli PAS dikatakan berpecah apabila kempen ulama dan bukan ulama dibuat. Yang paling ketara, Multaqa Ulama Se Malaysia yang diadakan di Alor Setar oleh Dewan Ulama PAS membuat resolusi agar timbalan presiden dipilih di kalangan ulama.

Ekoran itu, pertembungan dikatakan berlaku antara ulama dan bukan ulama. Namun begitu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis telah campur tangan agar tiada perpecahan antara kedua-duanya.

Sementara itu, untuk jawatan Naib Presiden pula, sehingga kini lapan nama dikatakan mendapat banyak pencalonan daripada PAS kawasan-kawasan.

Mereka adalah tiga penyandangnya iaitu Salahudin Ayub, Husam, Datuk Mahfuz Omar di samping Nik Amar, Tuan Ibrahim serta Idris Ahmad (anggota Parlimen Bukit Gantang), Datuk Abu Bakar Chik dan ketua Pemuda, Nasrudin Hassan.

Sehingga kini, ketiga-tiga penyandang dijangka akan mempertahankan jawatan masing-masing kecuali Husam yang belum diketahui akan bertanding Timbalan Presiden atau mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden.

Bagaimanapun, Salahudin Ayub dikatakan memberikan syarat 70 % pencalonan untuk jawatan ini bagi mengesahkan penerimaan pencalonan.

"Jika saya mendapat tidak sampai 70% daripada pencalonan perwakilan, saya akan mempertimbangkan semula samada mahu bertanding atau tidak," kata Salahudin.

Dalam pemilihan dua tahun lepas, Salahudin mendapat undi terbanyak manakala Husam kedua dan Mahfuz di tempat ketiga.

PAS mempunyai kira-kira 180 kawasan di seluruh negara yang berhak membuat pencalonan untuk kesemua jawatan tertinggi PAS. – 20 Oktober, 2013.TMI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena