Saturday, 26 October 2013

Senjata rahsia orang Melayu...Kini dilelong di Eropah!

Sabtu, 26 Oktober 2013
Senjata rahsia orang Melayu kini dilelong di Eropah


http://www.christies.com/LotFinder/lot_details.aspx?intObjectID=5483332 

Ketika Portugis menawan Melaka, tentera Portugis telah merampas beberapa ribu senjata api (bukan keris) milik tentera Melaka. Dianggarkan sekitar 30,000 senjata api telah dirampas , dimana 8,000 daripadanya adalah senjata berat atau senjata pemusnah (Weapon of Mass Destruction) pada ketika itu. Antara senjata api yang digunakan oleh tentera Melaka pada ketika itu ialah Senapang dan Meriam.
Beberapa laras senapang ini telah di bawa oleh tentera Portugis ke Jepun. Dari senapang milik tentera Melaka inilah, Jepun mula mencipta senapang mereka sendiri selepas meniru teknologi senapang tentera Melaka. Dulu Jepun mengamalkan Dasar Pandang ke Barat iaitu Tanah Melayu.
Di mana beribu-ribu senapang milik tentera Melaka itu pada masa kini? Beberapa senapang milik Panglima Melayu tahun 1800an kini dilelong di Eropah, mencapai harga sekitar RM35,000. Berapakah nilai senapang Melayu tahun 1500an? mungkin ratusan ribu atau jutaan ringgit.
Several thousand artillery pieces, around 30000 out of 8000 of large size were captured by the Portuguese in Malacca. Firearms such as Matchlocks and artillery were both used by the Malays to defend Malacca
before it fell.
http://en.wikipedia.org/wiki/Capture_of_Malacca_(1511)

Senjata rahsia orang Melayu kini dilelong di Eropah
Posted by hisham

Orang Rembau pakar buat senapang untuk lawan Portugis
Oleh: rozmal


"Semakin hari semakin banyak persoalan timbul akan kaitan serangan Portugis ke atas Melaka untuk merampas senjata rahsia umat Islam ketika itu , iaitu senapang dan meriam. Kaitannya dengan sejarah kedatangan orang Minangkabau dari istana Pagaruyung ke Rembau, bergabung dengan orang Asli suku Jakun untuk menghalau penceroboh Portugis dari Nusantara. Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan perkhabaran bahawa pembesar Melaka telah berundur ke Rembau dan Johor. Anak Bendahara Tun Perak pula iaitu Tun Zainal Abidin pernah menjadi Datuk Lubuk China di Rembau. 

Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan perkhabaran bahawa pembesar Melaka telah berundur ke Rembau dan Johor. Anak Bendahara Tun Perak pula iaitu Tun Zainal Abidin pernah menjadi Datuk Lubuk China di Rembau.
Setiap perlantikan Undang dan Yang Dipertuan Besar pada awalnya perlu mendapat restu dari kesultanan Johor. Semakin menarik sejarah ini.

Dikatakan juga orang Minangkabau adalah pakar dalam pembuatan logam terutama besi dan tembaga untuk membuat senjata api seperti senapang dan meriam, lebih lama sebelum kedatangan tentera penceroboh Eropah ke Nusantara ini.
Orang Eropahlah yang merampas senjata api ini dan membawa ke Jepun. Senjata api hasil orang Melayu ini, orang Jepun belajar membuat senjata api.

Semua dapatan di atas ini perlu dibuat kajian secara mendalam, saintifik , sokongan dari pembesar, kementerian dan sebagainya. Kalau kita sanggup melabur begitu banyak untuk mengenang kembali Peristiwa Bukit Kepong, kenapa tidak dilakukan pelaburan yang lebih lagi untuk mengkaji sejarah bangsa sebelum kedatangan tentera penceroboh Eropah ke Nusantara?
Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com

The Minangkabau have a long history of brassworking and forging iron weapons and farm tools. They used cannons and bored matchlocks long before Europeans arrived. http://hotelbenteng.com/index.php?option=com_content&task=view&id=4&Itemid=1
Senjata rahsia orang Melayu kini dilelong di Eropah http://waghih.blogspot.com/2012/03/senjata-rahsia-orang-melayu-kini.html

Jasa kaum Cina pertahan Melaka dari serangan Portugis http://waghih.blogspot.com/2012/03/jasa-kaum-cina-pertahan-melaka-dari.html
Tun Zainal Abidin bin Bendahara Paduka Raja Tun Perak [Dato' Lubok China] http://www.royalark.net/Malaysia/malacca5.htm
Posted by hisham 

Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah
Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:
Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.
Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?
ni kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.
Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini

Terakol
Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)


Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

Istinggar
Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.

Lela Rentaka

Meriam/Lela
*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand

Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.
Dalam legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal,antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.Dan ini adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini.Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket,blunderbuss dan cannon?


Bibliografi:

Melayu Nusantara
Sejarah Kesultanan Brunei
Sulalatus Salatin
Surat-surat Antonio de Pigafetta dan Maximilius Transylvanus
Dan kajian persendirian yang lain.

Sumber: http://hijabulcrewz.blogspot.com/2010/02/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html 
Posted by hisham

4 comments:

Amir Mafla said...

Bukan dirahsiakan cuma dilupuskan oleh bangsa² kafir(British,portugis,belanda). Dulu Melaka,acheh dan beberapa negeri nusantara(tak semua)pernah duduk di bawah naungan kerajaan Turki(kerajaan Uthmaniyyah)sebelum Mustapa kamal ataturk menghapus sistem Khilafah Islam Uthmaniyah Turki pada tahun 1343H (1924M). Pada zaman itu turki la membekalkan askar,senjata kepada melaka. Pada hari ini Sejarah yang kita pelajari kini adalah sejarah palsu buatan british dan kita juga sering mendengar dari orang melayu yang lupa,berkata bahawa "Orang melayu zaman dulu BODOH" "Apalah Lawan portugis pakai keris dan lembing je". Haih melaka dulu pusat perdangan dunia kot takkan la melaka boleh ketinggalan dengan kemajuan dengan ada nya senjata api. Betul tak?. Dia tak tahu portugis dulu nk tawan melaka bukan senang. Tiga kali berturut turut cubaan di ajukan tapi gagal.. melaka jatuh pun sebab pengkhinat dari kalangan orang melayu sendiri.. lagi satu bukan nak kata apa la.

Anggraeni said...

Saya ucapkan kepada allah karna atas kehendaknya melalui Dana Ghaib KI WARA saya sekarang sudah bisa bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencara ingin buka bengkel mobil dan itu semua berkat bantuan KI WARA saya tidak perna menyanka kalau saya sudah bisa sukses ini atas bantuan KI WARA yang telah bantu saya Dana Ghaib dan alhamdulillah itu semuaya terbukti bahkan beliau juga membantu saya minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti siapa tau ada teman mau di bantu dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi KI WARA di 085242894584.DANA GHAIB KI WARA

ArifinLatif Consulting said...

Our history was written by the victors! Correct it soonest or Najib, please! Let people like me have some sense of pride being a '60-year old' Malaysian!

Unknown said...

Memg Sejarah dah dibubah. Memg T Melayu antara yg terhebat. Kita dh maju awal lagi sbb laluan dagnag dr Cine. Org Eropah dtg sbb masa zaman tu diaorg dlm Revolusi Logam,zaman kemajuan mereka tpi kekurangan sumber. Bila dtg T.Melayu diaorg terkejut dgn kemajuan yg ade,sbb nak Merdeka Tugku Abd Rahman dah buat perjanjian mcm ne dlm buku sejarah. Pernah bace dulu,ade rumus/fakta tak pasti lah,meriah kegunaan Sultan Mahmud Al Fateh ( The Great Cannon ) asalnye dr Asia. Siapa tau,T Melayu? Org Eropah taknak mereka malu kalau diaorg lebih mundur dr Negara yg diangap mundur.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena