Thursday, 6 March 2014

KDN larang penerbitan buku ‘Ultraman The Ultra Power’ - Memudaratkan ketenteraman awam!

Khamis, 6 Mac 2014


Stadium yang runtuh belum dibaiki...



Photo: Reaksi #ULTRAMAN selepas mendapat tahu buku mereka diban di negara ini.

Hihi
Reaksi #ULTRAMAN selepas mendapat tahu buku mereka diban di negara ini.

Hihi



Photo: Mungkin menteri-menteri tak tahan sebab dah lama tak buat lawak bodoh kot. 

Bersangka baik.
Mungkin menteri-menteri tak tahan sebab dah lama tak buat lawak bodoh kot.

Bersangka baik.

Photo: TERGEMPAR: Ultraman telah berjaya ditahan, cubaan gulingkan kerajaan digagalkan. 

Bersyukurlah!

Please share & like page Rafizi Ramli. Sebarkan!
TERGEMPAR: Ultraman telah berjaya ditahan, cubaan gulingkan kerajaan digagalkan.

Bersyukurlah!

Please share & like page Rafizi Ramli. Sebarkan! — with Lee Bing Heyok and 4 others.
KDN larang penerbitan buku ‘Ultraman The Ultra Power’
MARCH 06, 2014
Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku "Ultraman The Ultra Power", yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.
Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.
Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Februari lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu.
Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. – Bernama, 6 Mac, 2014.



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena