Wednesday, 12 March 2014

MAS mengisytiharkan 'kod tango' tetapi bukan rampasan (pesawat)... Dulu bolehlah goreng..

Khamis, 13 Mac 2014

Galeri Gambar: Misteri Kehilangan MH370

GAMBAR berhubung misteri kehilangan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menerusi penerbangan MH370 pada Isnin.
Kapal milik pihak berkuasa China turut berusaha mengesan penerbangan MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

MH370
Kapal milik TLDM (atas) dan kapal milik pihak berkuasa China sedang membuat rondaan bagi mengesan pesawat milik MAS yang hilang pada Sabtu.

MH307
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media mengenai kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di Sepang.

MH370
Ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 yang diasak media China ketika hadir di lapangan terbang di Beijing.

MH370
Ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 (kiri) ditemani kaunselor MAS ketika hadir di KLIA.

MH370
Inilah jumlah pengamal media dari dalam dan luar negara yang hadir pada setiap kali sidang media mengenai perkembangan terbaru misteri kehilangan pesawat milik MAS menerusi penerbangan MH370.
Foto:MStar

MAS Sahkan Pesawt MH370 Dirampas?

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan MAS difahamkan telah mengeluarkan kod tango berhubung kehilangan pesawat MH370 selepas ia gagal dikesan radar pemantau.

Menurut sumber, kod tango digunakan apabila merujuk kepada insiden yang melibatkan perbuatan sabotaj, termasuk rampasan pesawat.

“Syarikat itu memaklumkan kepada petugas di bilik operasinya bahawa kehilangan pesawat MH370 diklasifikasikan dengan kod tango,” kata sumber tersebut.

Setiap syarikat penerbangan difahamkan mempunyai kod berkenaan bagi mengenal pasti ancaman terhadap penerbangan mereka yang difahami oleh semua petugas di seluruh dunia.

Kod tango hanya digunakan dalam situasi cemas yang merujuk kepada perbuatan sabotaj melibatkan penerbangan awam atau komersil.

Seorang pegawai perhubungan media MAS, ketika dihubungi semalam, mengakui pihaknya mengisytiharkan kod itu dalam kes kehilangan MH370, tetapi menafikan ia merujuk pada rampasan pesawat.

Ya kami telah mengisytiharkan kod tango tetapi ia bukan bermaksud rampasan (pesawat). Itu mesej untuk kami meningkatkan lagi tahap keselamatan,” kata pegawai berkenaan.

Sinarharian

MH370 :Dulu boleh goreng...sekarang nak rebuspun susah!


 Dulu rekod kedatangan Altantuhya boleh dipadamkan. Ini kerana mendiang hanya warga sebuah negara "mundur" Mongolia.

Kali ini membabitkan rakyat asing yang mempunyai negara yang integriti dan berdaulat seperti Amerika,China dan Peranchis.

Tidak dapat tidak badan kerajaan seperti Imigresen tidak boleh pandang isu ini sebagai remeh.Setiap kenyataan perlu berhati-hati dan telus.Lebih tepat,fikir dulu sebelum cakap agar tidak jadi bahan ketawa dan jenaka penduduk dunia!

Lihat betapa "jauh" sekali perbezaan kenyataan Interpol dengan Imigresen Malaysia :

Interpol  - 2 rakyat rakyat Iran masuk Malaysia dari Qatar  menggunakan pasport Iran(negara sendiri)

Imigresen Malaysia - 2 rakyat Iran masuk Malaysia menggunakan pasport Austria dan Itali.

Jika dua kenyataan bercanggah,mesti satu daripadanya adalah penipu.

Melihat rekod,agak mustahil melihat Interpol berbohong dalam kes ini berbanding Imigresen kita pernah "padamkan" rekod kedatangan gadis Mongolia yang akhirnya diletupkan dengan letupan C4.
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena