Monday, 17 March 2014

MH370 “Anak saya tak buat salah” - kata bapa Jurutera Penerbangan... Penatlaa, pusing-pusing berita!

Isnin, 17 Mac 2014
Gambar: Bukti bertapa penatnya mencari kapal terbang MH370. Kepada kerajaan dan pengawai penyiasatan, hentikan la pusing2 berita itu berita ini. Selain kasihani keluarga penumpang, kasihani la mereka ini juga.
Bukti bertapa penatnya mencari kapal terbang MH370. Kepada kerajaan dan pengawai penyiasatan, hentikan la pusing2 berita itu berita ini. Selain kasihani keluarga penumpang, kasihani la mereka ini juga.

Anak Saya Tak Buat Salah, Kata Bapa Jurutera Penerbangan


PUTRAJAYA: Bapa kepada jurutera penerbangan Mohd Khairul Amri Selamat, yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, menafikan kemungkinan bahawa anaknya mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat.
Selamat Omar, 60, berasa terganggu apabila soalan itu diajukan kepadanya, dan secara terbuka berkata: “anak saya tak buat salah”.
“Tiada pihak berkuasa menghubungi saya mengatakan bahawa mereka akan pergi ke rumah anak lelaki saya.
“Malah kalau mereka lakukan sekalipun, kita tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan. Mereka boleh datang ke rumah sekiranya perlu,” katanya.
Ditanya sekiranya dia tahu di mana anak lelakinya bekerja, Selamat berkata, Mohd Khairul bekerja dengan sebuah syarikat swasta tetapi tidak tahu namanya.
“Anak lelaki saya bekerja dengan syarikat penerbangan swasta, dan sering mengembara ke tempat-tempat seperti Sydney, India dan Amerika Syarikat untuk membaiki pesawat,” katanya.
KL-Today.com


Polis Didakwa Siasat Jurutera Penerbangan Naiki Pesawat MH370, Lapor Reuters


KUALA LUMPUR: Polis didakwa menyiasat seorang jurutera penerbangan yang merupakan antara penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang apabila tumpuan diberikan kepada juruterbang dan sesiapa sahaja yang berada di dalam pesawat itu yang mempunyai pengetahuan teknikal terbang, kata seorang pegawai kanan polis.
Jurutera penerbangan, Mohd Khairul Amri Selamat, 29, yang merupakan rakyat Malaysia, diperkatakan di media sosial bahawa beliau bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan cater untuk pesawat peribadi.
“Ya, kami sedang menyiasat tentang Mohd Khairul dan penumpang lain serta anak kapal. Tumpuan adalah kepada sesiapa sahaja yang mungkin mempunyai kemahiran penerbangan di dalam pesawat itu,” kata seorang pegawai kanan polis yang mempunyai maklumat siasatan kepada Reuters.
Penyiasat Malaysia menyiasat latar belakang juruterbang, anak kapal dan kakitangan di lapangan terbang yang terlibat dengan pesawat Boeing 777- 200ER yang hilang bagi mendapatkan petunjuk tentang mengapa seseorang di dalam pesawat itu menerbangkan pesawat sejauh beratus-ratus, atau mungkin beribu-ribu batu di luar laluan penerbangannya.
Pesawat itu masih belum dijejaki selepas ia hilang lebih seminggu tetapi penyiasat percaya pesawat itu telah diterbangkan ke laluan lain oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai pesawat dan penerbangan komersial.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata, bukti menunjukkan penerbangan sengaja dilencongkan, yang menyifatkan bahawa ia mengubah laluan penerbangannya jauh ke barat dari laluan sepatutnya iaitu dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Seorang jurutera penerbangan bertanggungjawab terhadap sistem dalam pesawat bagi memastikan ia berjalan dengan baik dan membuat pembaikan sekiranya perlu.
Sebagai seorang jurutera yang pakar dalam pesawat eksekutif, Khairul tidak semestinya mempunyai semua pengetahuan yang diperlukan untuk mengalihkan dan menerbangkan pesawat yang besar.
Khairul pernah berkata beliau bekerja untuk sebuah syarikat penerbanghan cater berpangkalan di Switzerland yang dipanggil Execujet Aviation Group, tetapi syarikat itu enggan menyatakan sama ada Khairul masih kakitangan mereka.

Dalam gambar yang disiarkan menerusi akaun Facebook milik Khairul pada 2011, beliau memperkenalkan dirinya sebagai pekerja Execujet bagi operasi Malaysia.
“Kita tidak boleh mendedahkan apa-apa. Kami mahu melindungi privasi keluarga,” kata seorang pegawai syarikat itu di pejabat cawanga Malaysia.
Khairul, merupakan bapa kepada seorang anak perempuan, baru-baru ini membeli sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, dan mempunyai lebih 10 tahun pengalaman sebagai seorang jurutera penerbangan, kata bapanya Selamat Omar kepada Reuters.
Selamat bagaimanapun enggan menyatakan sama ada dia percaya anaknya boleh terlibat dalam apa-apa jenayah.
Selamat berkata, dia dan ahli keluarga yang lain sepatutnya melawat rumah baru Khairul pada bulan ini. Tetapi Khairul memberitahu bapanya pada Khamis yang Khairul terpaksa pergi kerja di Beijing dan mereka akan mengatur semula pertemuan keluarga itu. Dan ia merupakan perbualan terakhir mereka.

“Khairul berjaya dalam kerjayanya dan merupakan anak yang baik. Dia akan datang melawat kami sekurang-kurangnya sebulan sekali,” kata Selamat.
KL-Today.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena