Wan Azizah Lawat Keluarga Penumpang MH370 Di Hotel Everly
MH370: Ada keluarga penumpang mahu pulang
PUTRAJAYA – Beberapa keluarga penumpang pesawat MH370 yang ditempatkan di sebuah hotel di sini menyatakan hasrat untuk pulang ke rumah masing-masing.
Kaunselor daripada Persatuan Kaunselor Malaysia Nazrul Azizi berkata mereka mahu kembali meneruskan kehidupan seharian dan tidak lagi fokus kepada misteri kehilangan pesawat MH370 yang melibatkan orang tersayang selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri Sabtu lepas.
“Selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu mereka mendapat sinar harapan baharu.
“Ada keluarga yang kata mahu balik sebab nak uruskan pelbagai perkara. Sebagai kaunselor saya rasa ini satu perkembangan positif,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Nazrul berkata kaunselor sentiasa bersedia membantu meredakan tekanan emosi anggota keluarga terlibat.
“Bagaimanapun, mereka tetap berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing untuk menenangkan jiwa. Elemen ketuhanan sangat penting pada waktu ini dan teruskan mendekatkan diri kepada Tuhan,” katanya.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac.
Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
KL-Today.com
Monday, March 17, 2014
Kapten Nadira Ramli Kekasih Co- Pilot MH370
Keayuannya semulajadi tanpa perlu make-up |
Menurut blog itu lagi, seperti insan bercinta yang lain kehilangan MH370 yang melibatkan kekasihnya membuatkan beliau tidak keruan dan susah hati.
Bagi membantu beliau menghadapi kemelut ini, majikannya iaitu Air Asia di mana beliau berkhidmat sebagai pilot telah memberikan cuti selama sebulan.
Kapten Nadira Ramli telah berkenalan ketika belajar bersama di sebuah sekolah penerbangan di Langkawi sembilan tahun lalu.
Nadira Ramli anak kepada seorang pilot kanan MAS dan Fariq yang merupakan anak kepada Timbalan Pengarah Kerja Raya Selangor bernama Abdul hamid Mad Daud diberitakan merancang untuk bernikah dalam masa terdekat ini namun segalanya hanya perancangan yang belum pasti berikutan kehilangan Fariq bersama MH370.
Posted by Hati Muda
0 comments:
Post a Comment