Wednesday, 12 March 2014

MH370: [Edit] Obama pun tengok gelagat bomoh 1 Malaysia di tv!...'OK roger, good day' sebelum pesawat hilang...

Rabu 12 Mac 2014


Bomoh 1Malaysia bahan jenaka media sosial...

Gambar: Obama pun tengok gelagat bomoh 1 Malaysia di tv!
Obama pun tengok gelagat bomoh 1 Malaysia di tv! — bersamaEjol BerKunyung SakaHandak dan Izatul Fika.
Gambar tersebut juga pernah di'edit' oleh agensi berita Iran, Iranian News pada Mei 2013 dengan meletakkan imej pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah sedang berucap..
Posted by Anak Sungai Derhaka 
Kemudiannya pula pada Feb. 2014 pula gambar tersebut sekali lagi di'edit', kali ini oleh pemimpin politik dari India pula..
Imej asal pada skrin TV telah digantikan dengan imej Ahli politik India, Narendra Modi, ianya digunakan untuk memperbodohkan rakyat India..
Posted by Anak Sungai Derhaka 
Hari ini pula sekali lagi gambar tersebut menjadi mangsa 'edit'.. kali ini imej diskrin ditukar dengan imej Bomoh UMNO sedang menjalankan ritualnya di KLIA..
Posted by Anak Sungai Derhaka 
Ni gambar asal... Obama sedang menyaksikan Hosni Mubarrak sedang berucap di White House sebelum Hosni Mubarrak tumbang...
Posted by Anak Sungai Derhaka 

Kena main bebudak aje?


Macam-macam gaya ada.... semua nak jadi "BOMOH"
ℑσм pαкατ²⇨ ℒιкє✔ Cσммєηт✔ Sнαяє✔ 
#DoakanYangTerbaikUntukPenumpangDanAnakKapalMH370

ṪןḰєlคtє
 — bersama Rafi Awg Kechik II dan 6 yang lain.


Inilah yang kita dapat bila individu yang 'Kurang cerdik' dan lemah dilantik dan dikekalkan sebagai pemimpin negara...

Dalam menangani krisis yang yang menjadi perhatian dunia terserlah kelemahan mereka..

The Star melaporkan pagi tadi, Vietnam akan mengecilkan operasinya hingga Malaysia menjelaskan dimanakah sebenarnya pesawat MH370 itu hilang dari radar, begitu juga Thailand.

Apa yang jelas disebalik tindakan mereka itu, mereka sebenarnya sudah mula hilang kepercayaan kepada maklumat yang dibekalkan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Sedikit sebanyak ianya menjejaskan nama Malaysia di mata dunia... Tapi macai peduli apa.. dapat 'T Shirt' percuma dan upah RM30 pun dah bangga...

..... Ketidakselarasan dan ketidakcekapan dalam mengendalikan insiden kehilangan pesawat MH370 menunjukkan bahawa lebih 50 tahun mengamalkan kawalan ketat ke atas maklumat adalah tidak sesuai bagi Malaysia dalam mengendalikan krisis yang kini sedang diikuti seluruh dunia, lapor Bloomberg hari ini.

Ia berkata, China mengesa Malaysia supaya lebih telus dengan “tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadikan sepupunya, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, individu bertanggungjawab terhadap siasatan” mengapa pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac.

Pesawat Boeing 777- 200ER dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 orang penumpang apabila ia hilang. Penyiasat dari sekurang-kurangnya sembilan negara masih berusaha mencarinya.

"Mereka mengendalikan isu global yang besar seolah-olah ia adalah politik domestik," kata Prof Emeritus Clive Kessler, ahli Sosiologi dan Antropologi di University of New South Wales di Sydney, yang menganalisis politik negara selama setengah abad .

“Dengan punca kehilangan masih tidak diketahui anda boleh memahami keperluan mengekalkan budi bicara dan sikap berhati-hati tetapi ia dilihat sebagai usaha menyembunyikan kebenaran sama ada di Malaysia dan tempat lain di rantau."

"Pentadbiran Najib sedang menghantar mesej rakyat harus membiarkan ‘kerajaan memberitahu mereka apa yang mereka perlu tahu, bila mereka perlu tahu, dan bukan sebelum itu’,” kata Kessler ~ The Malaysian Insider..
Posted by Anak Sungai Derhaka 
Gambar: Sebarkan. #PrayForMH370

Juruterbang kata 'OK roger, good day' sebelum pesawat hilang

Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) mendedahkan, juruterbang memberi makluman yang baik ketika ketika perbualan terakhir sebelum pesawat itu gagal dikesan, Sabtu lalu.

Laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan penolong pengarah NATCC, Siti Sarah Lebai Abu itu menyebut, juruterbang memaklumkan “OK roger, good day,” sebelum radar kedudukan pesawat tersebut gagal dikesan.

"Ketika mahu menyerahkan (kawalan udara) kepada Ho Chi Minh, saya memaklumkan kod talian kepada juruterbang terbabit (Kapten Zaharie Ahmad Shah), beliau memberi respons yang baik.

"'OK roger, good day (Baik. Sekian, terima kasih)', itulah kata-kata terakhir yang diberikan kepada kami di sini sebelum rada kedudukan pesawat itu gagal dikesan selepas memasuki zon (kepulauan) Igari."

Menurutnya, kesemuanya berjalan lancar di awal 40 minit pertama penerbangan selepas pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira jam 12.40 awal pagi,

"Bagaimanapun, kami gagal mengesan isyarat radar pesawat terbabit selepas menyerahkan tugas kawalan kepada pengkalan Ho Chi Minh (Vietnam) beberapa minit kemudian," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Gambar: Raja Bomoh 1Malaysia
Gambar: Update Status ~ Persoalan 'Raja Bomoh' telah diputuskan oleh JAKIM sejak tahun 2004. Haram percayainya malah jauhi dari mendengar ramalannya juga kerana sekali anda mendengar, Syaitan akan membisikkan kepercayaan. hati-hati.
Gambar: RUPA-RUPANYA RAJA BOMOH SEDUNIA YANG DIKATAKAN BUAT KERJA BODOH, MENIPU, KHURAFAT, TAHYUL DAN SYIRIK ITU ADALAH PENYOKONG UMNO TEGAR!!!! 
http://omakkau.blogspot.com/2014/03/rupa-rupanya-raja-bomoh-sedunia-yang.html
 RAJA BOMOH SEDUNIA ADALAH PENYOKONG UMNO TEGAR!!!! 
http://omakkau.blogspot.com/2014/03/rupa-rupanya-raja-bomoh-sedunia-yang.html — bersama Mohd Yusuf Ph dan 3 yang lain.

1 comments:

Rahmat said...

#cinta #selingkuh #bercerai #berpisah #sihir #santau #pelindungdiri #gay #keluarga #penang #kelantang #selangor #kekasih #pakcik #minyakpenunduk #ilmupenunduk #pelarisniaga

Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

WhatsApp +62 822 4631 1483

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena