Wednesday, 5 March 2014

Peguam Negara: 9 kertas siasatan laporan Ketua Audit disyor tutup!... Apa macam?

Khamis, 6 Mac 2014
5 jam yang lalu 

Bagus!!! .... 9 kertas siasatan laporan Ketua Audit disyor tutup kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail...suka la mereka lepas nie boleh diterus menipu wang rakyat, kalau kerajaan Umno/BN tak cukup dana nanti boleh naik harga mana yg patut untuk tampung balik ketirisan yang berlaku...... apa macam?
ṪןḰєlคtє

Gambar: ‎Kenyataan Akhbar 
Nurul Islam Mohamed Yusoff
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia 
6 Mac 2014 

Mengapa 9 Kertas Siasatan Disyor Untuk Ditutup? 

Saya kesal dengan pihak Peguam Negara yang bertindak menyerahkan semula 9 kertas siasatan dengan syor menutup kes. Kertas siasatan tersebut adalah daripada pihak SPRM ekoran daripada beberapa kes pendedahan yang terdapat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Saya minta pihak Jabatan Peguam Negara mendedahkan 9 kertas siasatan berkenaan dan justifikasi supaya kes-kes tersebut disyorkan untuk ditutup. Jabatan Audit Negara telah melakukan audit dengan berkesan, bagaimana pihak SPRM dan Jabatan Peguam Negara dengan begitu mudah ‘mengenepikan’ dakwaan salah laku yang telah didedahkan.

Ini bukan kecuaian kecil dalam melaksanakan prosedur pentadbiran dan kewangan, ia adalah keraguan yang munasabah untuk disiasat dan diadili dengan sewajarnya. Sebagai contoh, dalam kes Projek Taman Dusun Bandar yang pernah diutarakan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sebelum ini. Terdapat satu kontrak untuk membekalkan 6 komponen peralatan playground dengan kos berjumlah RM 194,200. Namun, penemuan audit mendapati hanya satu komponen sahaja dibekalkan dengan kos yang lebih tinggi iaitu RM 230,000.

Saya berharap agar pihak SPRM bertindak profesional dan lebih efektif dalam melakukan siasatan dan mendesak pihak Jabatan Peguam Negara tidak meremehkan kes-kes yang didedahkan dalam laporan audit berkenaan. Isu-isu penyelewengan dan ketirisan setiap tahun didedahkan oleh jabatan audit, namun seolah-olah ia didiamkan demi kepentingan politik pihak tertentu.

Nurul Islam Mohamed Yusoff
Timbalan Ketua 
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan 

ṪןḰєlคtє‎

Kenyataan Akhbar

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena