RM5.39 jatuh RM3.67
Felda perlu mengorak langkah untuk menjadi sebuah kuasa besar ekonomi dalam usaha menjana keuntungan yang lebih besar kepada golongan peneroka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, Felda yang kini giat melaksanakan fasa kedua pembangunannya selepas mengecapi pelbagai kejayaan pada fasa pertama hasil keringat peneroka terdahulu.
"Kita buka buku baharu, strategi baharu untuk jadikan Felda satu komuniti yang hebat, kita letak FGV (Felda Global Venture) kita senaraikan saham di pasaran, kita dapat raih sumber modal tambahan.
"Jadikan Felda sebuah economic powerhouse atau sebuah badan ekonomi gagah perkasa, inilah intipati kita, ini strategi fasa kedua kita," katanya ketika berucap merasmikan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan dan Majlis Hari Raya 2014 di Stadium Jasin di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta kira-kira 25,000 peneroka Felda dari seluruh negara.
Najib berkata, usaha mengembangkan Felda penting kerana generasi kedua Felda tidak boleh hanya bergantung harap terhadap apa yang telah diperolehi generasi pertama.
Beliau berkata, peneroka juga perlu berfikiran terbuka serta memandang jauh dan tidak tertumpu kepada hal berkaitan di tanah rancangan masing-masing sahaja.
Najib berkata, Felda akan terus memberikan bonus dan dividen kepada peneroka setiap tahun dan bukan melaksanakan pemberian ini secara 'one-off'.
Katanya, ramai beranggapan peneroka Felda merupakan anak emas, bagaimanapun apa yang diberikan kerajaan kepada peneroka Felda adalah suatu penghargaan kepada peneroka yang berkorban ketika waktu sukar penubuhannya. - Bernama
Itu gebang kencang sampai bangunan Menara Berkembar Petronas KLCC boleh tumbang .. hakikatnya ??? .. Semalam saham Felda Global Ventures (FGV) jatuh ke paras RM3.67 sen dari harga pembukaan mula-mula didagangkan RM5.39sen sudah jatuh sebanyak RM1.72sen sesaham .. lagi nak gebang Felda mau jadi jaguh dunia???????? .. Felda satu komuniti yang hebat?????
Kalaulah arwah Tuan Hj Suhaimi Said masih hidup, pasti dia akan menangis melihatkan keadaan FGV kini.

Tahu! Generasi ke-2 Felda... Anak muda...
Buat-buat Tak Mengerti? Generasi Lama...
Keh! Keh! Keh! Mana generasi muda Felda...
0 comments:
Post a Comment