Tuesday 9 September 2014

PAS perlukan lawyer cerdik pandai, tapi tak perlulah memandai-mandai...

Rabu, 10 September 2014

LUHAM: Majlis Syura Ulama Melampaui Bidang Kuasanya - Ulasan GB



Majlis Syura lampaui kuasa campur isu MB'

Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS berpendapat Majlis Syura Ulamak (MSU) parti itu bertindak "melampaui kuasanya" kerana campur tangan dalam isu menteri besar Selangor.

Setiausaha LUHAM, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata keputusan majlis itu menyokong Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak memberikan kerusi itu kepada PKR, adalah bertentangan dengan keputusan muktamar - kuasa tertinggi dalam PAS.

Katanya, PAS bersetuju mengadakan kerjasama politik dalam Pakatan yang disahkan dalam muktamar PAS dan tidak pernah dibatalkan, maka Majlis Syura mahupun PAS mesti bertindak selari keputusan muktamar itu.

"Isu pokok yang berbangkit dalam isu MB Selangor ini adalah Presiden telah membuat ketetapan untuk menghantar nama daripada PAS sebagai calon MB (yang kemudiannya disokong oleh MSU).

"Sedangkan, Presiden sendiri sebelum ini telah menyatakan bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan MB Selangor memandangkan ia adalah milik PKR.


"LUHAM percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan.

"Justeru, apabila nama ADUN PAS turut dicalonkan sebagai MB Selangor, tidakkan ia menyalahi perjanjian PAS di dalam Pakatan itu sendiri?

"Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan muktamar itu sendiri?


"Oleh itu, LUHAM berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh MSU," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil mesyuarat

Kenyataan itu adalah hasil mesyuarat lajnah itu semalam bagi membincangkan keputusan mesyuarat MSU sehari sebelumnya yang menyokong keputusan Hadi itu.

Kelmarin, MSU menegaskan presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam perkara melibatkan kepentingan parti dan anggota jawatankuasa pusatnya pula harus menjalankan arahan diberikan berdasarkan fasal 26(1)(a) dan Fasal 26(9)(m) perlembagaan parti.

Hal ini bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Pusat PAS sebelum ini yang mahu kerusi menteri besar kekal di tangan PKR.

Abang Kardee berkata LUHAM turut berpendapat MSU tiada keperluan untuk menghurai, menjelas dan menafsirkan mana-mana peruntukan perlembagaan parti mengenai isu ini.


Malah Lajnah itu menyatakan sekalipun MSU berkuasa memutuskan sebarang perselisihan faham, ia perlulah dirujuk terlebih dahulu dan bukannya mempunyai kuasa sedia ada untuk membuat keputusan tersebut.

"Jika MSU berpendapat isu pelantikan MB Selangor ini melibatkan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berdasarkan fasal 88(1) Perlembagaan PAS, badan itu hanya boleh bertindak sekiranya ada rujukan dibuat kepada badan itu.

"Di dalam bahasa perundangan, kuasa MSU adalah kuasa atas rujukan(“referral”) dan bukan kuasa "of first instance" atau kuasa yang sedia ada (inherent).

"Dengan ketiadaan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berhubung isu pelantikan MB Selangor dan dengan ketiadaan rujukan dibuat oleh ahli Jawatankuasa PAS Pusat kepada MSU bagi MSU menafsir Perlembagaan PAS, maka tindakan MSU mencampuri isu pelantikan MB Selangor itu, dengan hormat, adalah “non-starter”," kata beliau. -mk 
Posted By Green Boc

PAS memang perlukan lawyer cerdik pandai dalam perjuangan ini, tapi tak perlulah memandai-mandai. ..
PERLEMBAGAAN PAS MENDASARI PERJUANGAN PAS
1. Perlembagaan PAS lahir dengan roh dan jasad yang tidak seperut dengan undang-undang dalam sistem konvensional. Ia dirangka dan ditulis untuk menjadi panduan parti yang pada asalnya tertulis dalam dada para pejuang PAS yang terdahulu. Kemudian, ia direalisasikan dalam bentuk perlembagaan yang ada pada hari atas keperluan organisasi dan jemaah yang semakin berkembang. Ia bukan untuk didebatkan mencari siapa betul siapa salah, tetapi ia adalah buku panduan yang mampu dirujuk oleh semua orang termasuk ketua dan ahli cawangan yang tak habis sekolah rendah pun. Ia memandu mereka menyebarkan Islam dan politik Islam ke seluruh pelosok tanah air dengan pengorbanan dan susah payah. Matlamat mereka jelas iaitu ingin menegakkan Islam berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas.

2. Perlembagaan PAS telah wujud lama sebelum LUHAM ditubuhkan, malah sebelum MSU wujud. Selepas itu, MSU telah diberikan hak mentafsirkan perlembagaan dan peruntukan berkenaan dimasukkan dalam Perlembagaan PAS. Persoalan ? Kenapa diberi hak kepada MSU, tidak kepada lawyer-lawyer dalam PAS sebelum adanya LUHAM?

3. Perlembagaan PAS unik sifatnya. Ia bukan sekadar panduan organisasi, bahkan ia mempunyai kewajipan yang perlu difahami sumber tertinggi yang dikanunkan dalam Fasal 3, yang menjadi terasnya. MSU diberi hak untuk membuat tafsiran kerana hanya ulamak yang berautoriti mampu membuat rujukan daripada sumber-sumber hukum tertinggi dalam Islam. Adakah LUHAM ada kemampuan untuk merujuk sumber asal Al-Quran, Hadis, Ijma' dan Qias? Siapa orangnya, apa track recordnya?

4. LUHAM tidak pernah diberi hak mentafsir perlembagaan seperti yang diperuntukkan kepada MSU dalam perlembagaan. Kenapa dia pandai-pandai ambil buat kerja pihak lain? Kenapa campurtangan dalam tugasan orang? Pihak yang bijak kununnya mentafsirkan perlembagaan tetapi sebenarnya tidak tahu kerjanya mengikut perlembagaan.

5. LUHAM bukan kumpulan hakim yang kerjanya mentafsirkan undang-undang dalam mahkamah. Luham ialah kumpulan peguam-peguam yang ada kalanya kalah dan ada kala menang dalam mahkamah. Kalau tafsiran peguam adalah muktamad dan mesti diterima, mengapa mereka juga kalah dalam kes mereka! Mereka belajar undang-undang dan mempraktikkannya, maka dibenar cari makan di mahkamah. Berapa org lawyer dalam LUHAM yang menjadi 'pengamal Perlembagaan PAS', menjadi ketua cawangan PAS, YDP kawasan, Pesuruhjaya, dan seumpamanya dalam hierarki parti? Ramai lawyer berhimpun dalam LUHAM, jadi orang besar dan popular di masa PRU, demontrasi dan tangkapan polis. Adakah 'kehidupan' dalam LUHAM itu ditentukan dalam fasal-fasal tertentu dalam perlembagaan PAS? Tidak! Lawyer LUHAM hanya bergelumang dgn undang-undang dan akta!

6. Apakah tujuan LUHAM campurtangan dalam isu pentafsiran Perlembagaan kali ini? Ada apa-apa yang tersembunyi? Barang sudah tentu, terang lagi bersuluh. Seorang pejuang PAS menjadi pimpinan peringkat kawasan sejak berusia 21 tahun, dan mati ketika memimpin PAS pada usia 63 tahun pada Ramadhan lalu. Sepanjang pengorbanannya dalam PAS, sekalipun dia tak pernah jumpa peguam untuk bertanya tentang perlembagaan yang memandu kerja jihadnya. Dia hanya mengutip, menghadam, mempraktik dan mengajarkan apa yang terbit dan ditunjuk oleh para ulamak, para tuan guru dan ustaz. Dikutip mutiara-mutiara itu dari tamrin, liqa, usrah, mesyuarat dan arahan terus pimpinan PAS. Dia tidak pernah miss PRU dan PRK. 30 relong kebunnya dijual dan diwakaf untuk perjuangan. Dia hanya tinggalkan sebuah rumah papan untuk anak isterinya yang balu dan yatim. Dialah yg paling memahami apa yg tersirat dalam perlembagaan PAS! Dia bukan LUHAM! Dia hanya anak beranak Lahuma.

7. PAS memang perlukan lawyer cerdik pandai dalam perjuangan ini, tapi tak perlulah memandai-mandai. Tanpa ulamak, tanpa MSU mungkin PAS tinggal dua tiga kerat manusia saja - mungkin doktor, peguam atau engineer! Buat akhirnya, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha yang dibuat oleh LUHAM dalam membela ahli dan pimpinan dalam mahkamah, tetapi dalam mentafsirkan Perlembagaan PAS, ia biarlah diserahkan kepada pihak yang tertinggi parti. Kalau ada nasihat dan pandangan yang bernas, baik disalurkan terus kepada MSU, bukan dengan mencalarkan imej MSU.

Mohd Sanusi
Ketua Penerangan PAS Kedah

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena