Thursday, 11 September 2014

UPSR Bocor! Menyusahkan budak sekolah...Menteri Harus Letak Jawatan

Khamis, 11 September 2014
Hir Zahary Ikip Medan
Foto
ZAMAN KEGELAPAN PENDIDIKAN MALAYSIA

...telah menjadi realiti...

#MansuhTETAPMansuhPBS!

KERTAS SOALAN UPSR BOCOR - Menteri Harus Letak Jawatan


KERTAS SOALAN UPSR BOCOR??

Gegak gempita seluruh Malaysia berkaitan kebocoran kertas soalan Sains UPSR. Perkara tersebut kemudiannya diakui sendiri oleh Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin.

Bermula dengan kebocoran kertas Sains UPSR kemudiannya diikuti pula dengan kebocoran kertas Bahasa Inggeris yang diakui oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh. Sebenarnya kebocoran kertas soalan peperiksaan UPSR ini bukan untuk subjek-subjek yang tersebut tetapi maklumat yang diperolehi mengatakan bahawa terdapat kertas-kertas soalan lain juga turut bocor.

Ini baru di peringkat UPSR belum melibatkan peperiksaan lain yang akan datang termasuk Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang akan dilalui oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3.

Rakyat Malaysia harus mendesak agar Menteri Pendidikan, Menteri Pendidikan II dan Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan meletakkan jawatan atas tanggungjawab berlakunya kebocoran ini. Perkara ini berlaku akibat kecuaian Kementerian di bawah seliaan mereka. Tidak cukup dengan permohonan maaf dan siasatan mencari punca kebocoran. Menteri Pendidikan harus bertanggungjawab menjaga integriti Kementerian. Apa guna mempunyai Menteri, Menteri II, Timbalan-timbalan Menteri jika perkara sebegini tidak boleh dikawal?

Insiden ini telah menyusahkan pelbagai pihak termasuk ibubapa, murid, sekolah dan sebagainya malah lebih teruk mencalarkan imej pendidikan negara.

ZULHAZMI SHARIFF
11/09/2014

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena