PIJAK GAMBAR PEMIMPIN SENDIRI - SILA AMBIL TINDAKAN DISIPLIN
Entah apa penyakit yang sudah diserap. Benci pada pemimpin sendiri sampai perangai kalah UMNO.
Gambar di atas telah berlegar-legar dalam media sosial. Tentu diambil sendiri oleh yang melakukannya. Tujuannya pretty obvious. Untuk melahirkan perasaan menyampah orang yang memijak itu dan dikongsi dengan warga media sosial.
Tetapi dia sebenarnya sedang memalukan organisasi yang dia menjadi ahli. Ini kerana tiada ajaran yang membenarkan ahli melakukan perbuatan biadap tersebut terhadap pemimpin sendiri.
AJK Disiplin PAS tak boleh berdiam diri. Tindakan disiplin wajar diambil terhadap pelaku-pelaku ala samseng ini.
Berikut petikan Perlembagaan PAS yang diterbitkan oleh peguam Zulhazmi Shariff yang boleh digunapakai untuk membawa pelaku-pelaku tersebut ke muka Jawatankuasa Disiplin PAS:
FASAL 82 PERLEMBAGAAN PAS - TATATERTIB PAS
Fasal 82 (1) memperuntukkan bahawa semua ahli PAS hendaklah :
a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS.
b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.
c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.
d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.
e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.
f) Mengamal akhlak Islam.
g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.
h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.
Mengapa bukan pemimpin PasMa yang diambil tindakan tatatertib?
Menurut Zulhazmi Sharif:
"Fasal 82 dan seluruh peruntukkan Perlembagaan PAS tidak menyebutkan bahawa menukar Presiden ialah suatu kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib. Jika benar sekali pun ada komplot atau gerakan terancang atau apa saja istilah untuk menukar Presiden, ianya bukan suatu kesalahan tatatertib mahu pun kesalahan syarak.
Tetapi apabila melakukan sesuatu perkara yang boleh mencemarkan imej parti, merugikan parti maka ianya adalah suatu kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib" (Zulhazmi Sharif).
Sebaliknya, ahli PAS selama ni tidak dilarang untuk menganggotai NGO-NGO termasuk ISMA, ABIM, ANAK dan juga yang tidak meletakkan Islam dalam objektifnya seperti Persatuan Ibu-Bapa, Kesatuan Sekerja dan lain-lain.
Dr Hatta Ramli telah lama berjuang dalam PAS. Dia tidak segan turun berdemonstrasi menentang ketidakadilan Kerajaan yang dipegang BN, contohnya BERSIH. Selain dari itu Dr Hatta juga sinonim dengan kerja-kerja kebajikan dan misi kemanusiaan antarabangsa sejak awal tahun 1990an lagi.
Lalu, apakah sebenarnya kesalahan Dr Hatta?
0 comments:
Post a Comment