Friday 6 February 2015

Kenyataan Ismail Sabri tak seburuk tindakan Isis, kata Hishammuddin

Sabebruari 2015

Tebusan IS Dari Jordan Dibakar Hidup-Hidup

Kenyataan Ismail Sabri tak seburuk tindakan Isis, kata Hishammuddin 
OLEH YASMIN RAMLAN
Published: 7 February 2015 12:28 PM
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kenyataan perkauman Datuk Seri Ismail Yaakob tidak akan menjejaskan Malaysia kerana terdapat banyak lagi perkara yang lebih buruk, seperti Isis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2015.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kenyataan perkauman Datuk Seri Ismail Yaakob tidak akan menjejaskan Malaysia kerana terdapat banyak lagi perkara yang lebih buruk, seperti Isis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2015.
Kenyataan perkauman Datuk Seri Ismail Yaakob terhadap peniaga Cina tidaklah seburuk tindakan yang dilakukan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mempertahankan rakan Kabinetnya daripada terus diserang.
Naib presiden Umno itu berkata, agenda kesederhanaan Malaysia tidak akan terjejas dengan kenyataan menteri pertanian dan industri asas tani itu.
"Jika mahu bercakap tentang kesederhanaan, saya rasa tindakan Isis membakar juruterbang Jordan lebih buruk daripada kes melibatkan Ismail Sabri," kata Hishammuddin pada sidang media selepas merasmikan Simposium Kepimpinan dan Aspirasi Negara (NALS) ke-3 di Kuala Lumpur hari ini.
Hishammuddin berkata, kenyataan Ismail ada hikmahnya bagi menyedarkan semua pihak dalam memantau harga barang.
Katanya, ramai peniaga cuba mengambil kesempatan menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula April ini.‎
"Saya tengok ada hikmah dalam hal ini. Dalam kita hendak ketengahkan GST, ada pihak tertentu yang mengeksploitasikan perkara itu untuk menaikkan harga barang," kata Hishammuddin, merujuk kepada gesaan menteri pertanian dan industri asas tani di Facebook minggu lalu agar orang Melayu memboikot perniagaan kaum Cina.
"Sedikit sebanyak ia menyedarkan semua pihak tidak kira kaum dan latar belakang."
Beliau berkata, perkara itu tidak perlu digembar-gemburkan lagi kerana Kabinet sudah membincangkannya dan bersetuju Ismail tidak ada niat sama sekali untuk bersikap perkauman.
Hishammuddin memberitahu pemberita, pengguna dan pembeli seharusnya memahami hak mereka agar dibela sekiranya berlaku eksploitasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kenyataan Ismail di laman Facebooknya itu mencetuskan kemarahan orang ramai selepas beliau membangkitkan isu berbaur perkauman dengan memboikot peniaga daripada kalangan kaum Cina.
Menurut Ismail, saranan itu ditujukan kepada peniaga Cina yang masih enggan menurunkan harga barang walaupun harga runcit minyak sudah diturunkan.
Selasa lalu, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming mengatakan kenyataan Ismail itu menimbulkan perasaan benci dan dengki dalam kalangan orang Melayu bukan sahaja terhadap peniaga Cina tetapi juga masyarakat Cina secara umum.
Katanya, komen-komen kaum Melayu di laman Facebook Ismail membuktikan kebencian yang jelas dan secara terbuka kepada kaum Cina.
"Ada komen yang menyifatkan golongan peniaga Cina sebagai lintah darat dan menyeru orang Melayu isytihar perang terhadap golongan ini. Ada juga komen yang menggambarkan orang Cina menghina orang Melayu," kata Ong dalam satu kenyataan media. – 7 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-ismail-sabri-tak-seburuk-tindakan-isis-kata-hishammuddin#sthash.tOiDRJuj.fFKfrW8S.dpuf

Foto Tebusan IS Dari Jordan Dibakar Hidup-Hidup


Tebusan Jordan Muath al-Kasaesbeh dilihat berdiri di dalam kurungan. Foto: REUTERS

Kumpulan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mengeluarkan video pada Selasa kononnya menunjukkan juruterbang pejuang Jordan dibakar hidup, dalam pelaksanaan hukuman militan itu yang paling kejam, lapor AFP.

Durasi video selama 22 minit itu yang dikeluarkan dalam talian menunjukkan imej seorang lelaki yang dikatakan seperti Maaz al-Kassasbeh diselubungi api di dalam kurungan di mana dia dikurung.

Amman mengesahkan kematian juruterbang yang berusia 26 tahun itu, manakala kesahihan video ini masih belum ketahui.


Militan bertopeng menggunakan obor menyalakan api ke arah kurungan tebusan Jordan Maaz al-Kassasbeh. – Foto SCREENGRAB / YOUTUBE

Raja Abdullah II memendekkan lawatan ke Washington untuk pulang, kata televisyen negara.

Tentera memberi amaran bahawa “darah syahid yang tidak akan sia-sia dan pasti akan dendam atas kejadian kejam ini yang menyentuh semua warga Jordan”.




BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena