Saturday, 7 February 2015

Khabar-khabar angin? BN sedang melobi anggota Parlimen Pakatan..."Kita tengok permainan campur-tolak neh!"...

Sabtu, 7 Februari 2015

Isu p'raya: Jika Pakatan termakan lobi BN...

Pilihan raya umum yang pertama Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya diadakan pada tahun 1959.

Parti Perikatan memenangi pilihan raya tersebut dengan majoriti dua pertiga yang membolehkan mereka meminda perlembagaan persekutuan.
Mereka pun memindanya bagi membolehkan mereka memegang kuasa selama-lamanya.

Antara pindaan terpenting adalah pemadaman tiga klausa dalam Perkara 116 yang menyatakan bahawa setiap kerusi parlimen mestilah mempunyai jumlah pengundi yang hampir sama dan jika ada perbezaan sekali pun, ia tidak boleh melebihi 15 peratus.

Dengan pemansuhan klausa ini, jumlah pengundi dalam mana-mana kerusi boleh ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pada masa yang sama, Jadual 13 diperkenal untuk menentukan prosedur persempadanan semula.
Bagaimanapun persetujuan muktamad akhirnya bergantung pada budi bicara perdana menteri.

Permainan campur-tolak
Justeru itu, apabila Perikatan memegang kuasa pemerintahan, dan demi memastikan kesinambungan kuasa itu, mereka membuat ketetapan bahawa pengundi dalam setiap kerusi pilihan raya diletakkan bawah kuasa perdana menteri.

Pada 2008 apabila BN cuma memenangi 63 peratus kerusi parlimen.
Perkara itu di luar jangkaan memandangkan BN sentiasa memenangi lebih 90 peratus dalam setiap pilihan raya umum.

Ini menjadi tamparan hebat buat mereka.
Terdesak dengan sokongan rakyat yang semakin berkurang sekarang ini, pilihan yang ada dan mudah dengan menukar kerusi yang mana mereka yakin amat kuat dan memecahkannya kepada jumlah lebih kecil, sekali gus menambahkan kerusi.

Bagaimanapun, mereka tidak mampu melakukan nya secara bersendirian. Dengan jumlah mereka yang kurang daripada dua pertiga di Dewan Rakyat, mereka kini terdesak untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin Pakatan.

Untuk menambah jumlah kerusi parlimen, perlembagaan perlu ditukar dan ini memerlukan sokongan dua pertiga anggota parlimen.
Oleh itu khabar-khabar angin yang mengatakan BN sedang melobi anggota parlimen Pakatan tidaklah mengejutkan.

Dalam keadaan terdesak mereka akan melakukan apa saja untuk mencapai matlamat. Ironinya, apakah ahli parlimen Pakatan akan menyokong?

Ini membawa kita kepada satu persoalan yang belum terjawab:
Kenapa mesti Pakatan bersetuju dengan penambahan kerusi, yang semua cadangan BN, yang akan memberi semua faedah kepada BN dan sekali gus memusnahkan Pakatan sendiri?

Pilihan raya permainan campur-tolak. Kemenangan satu parti akan menjatuhkan parti yang kalah.


Seorang lagi Yit Foong?

Persoalan ini sudah pasti terjawab apabila BN mendekati parti komponen Pakatan secara berasingan.

Dalam muafakat Pakatan sekarang, PAS bertanding di kawasan majoriti Melayu, DAP di kawasan bukan Melayu dan PKR di kawasan campuran.

Oleh yang demikian, adakah dalam senyap-senyap BN berunding dengan setiap parti komponen Pakatan secara berasingan dan menawarkan kerusi pilihan raya?

Jika benar maka dalam Pakatan itu sendiri wujud sikap curiga mencurigai antara satu sama lain.

Adakah mungkin perkara ini yang mengundang perbalahan antara DAP dan PAS, yang diburukkan lagi dengan isu hudud dan pilihan raya majlis tempatan?

Perlu diingatkan segala janji BN kepada Pakatan secara berasingan itu tidak dapat dilaksanakan.

Sekiranya cukup sokongan dari pada ahli parlimen, maka SPR bebas menentukan kerusi kawasan mana yang perlu ditambah.

Sebagai contoh, kita melihat bagaimana SPR membuat persempadanan kerusi DUN Sarawak.

Apa yang berlaku, SPR membuat persempadanan semula dengan membahagikan kawasan kuat BN kepada kawasan yang lebih kecil tanpa mengambil kira jumlah pengundi di sesuatu kawasan tersebut.

Sementara bagi kawasan yang dimenangi Pakatan, jumlah pengundi dibiarkan begitu sahaja atau kawasannya diperbesar.

Implikasinya, apa yang berlaku akan menambahkan kekuatan BN di negeri tersebut.

Justeru, sebarang penambahan kerusi Parlimen atau DUN akan cuma memberikan faedah kepada BN.

Satu lagi kemungkinannya apabila wujud individu yang menyebelahi BN seperti mana kes Hee Yit Foong di Perak suatu ketika dahulu.

Dalam kes itu Hee menggoncang kestabilan kerajaan Pakatan di Perak apabila keluar DAP dan menjadi wakil bekas pro-BN.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena