Monday, 9 February 2015

MUSUH POLITIK kita sebenarnya BN/UMNO...Jangan 'cepat panas' ahli berumur 40 tahun ke bawah!

Selasa, 10 Februari 2015


ASTAGHFIRULLAH ! WALAU PUN DR HATTA TIDAK KENAL ANA!

PESANANA ANA ! MUSUH POLITIK KITA IALAN BN/UMNO ! JIKA ADA KESILAPAN, PERBEZAAN PENDAPAT BIARLAH SELESAIKAN DALAM SYURA ATAU KEKELUARGAAN. SEBAIKNYA AHLI YANG CEPAT PANAS YANG BERUMUR 40 KE BAWAH PERLU SERAHKAN KEPADA OTAI ATAU SEANGKATAN ORANG YANG DICEMOH MALAH PEMIMPIN YANG DITUDUH ! SIAPA KITA YANG SETAHUN JAGUNG MAHU MENUDING JARI DAN BERDEMO SEDANGKAN JAWATANKUASA DISIPLIN BELUM BERBUNYI !

Tuduhan ke atas Dr Hatta,amat berat,beristighfarlah. Apa kata pembantu Dr Hatta.Beliau minta berlaku adil.

Salam perjuangan dan salam persahabatan buat semua,

1. Hari ini YB Haji Dr Mohd Hatta Bin Ramli digesa meletakkan jawatan atas tuduhan yang tertentu. 


2. Saya amat bersimpati dengan tuduhan yang amat berat ini. 

3. Pada tahun 2000 hingga 2004. Saya adalah pembantu beliau. Beliau yang saya kenali adalah seorang Dr yang meninggalkan jawatan sebagai Dr menjadi petugas sepenuh masa parti di Pusat Penyelidikan PAS di zaman arwah Almarhum Dato Fadzhil Noor. Elaunnya, kenderaanya, kehidupannya serba sederhana. PAS di saat itu hanya terdiri dari golongan ulama sebahagian besarnya. Pendekatan arwah Ust Fadhil dan pimpinan parti memikat beliau utk bersama PAS. 

4. Pada saya, Dr Hatta adalah Seorang anak yang amat mengasihi bondanya dan penyayang pada keluarganya. Walaupun bukan berlatarbelakang ulama dan agama. Cintanya pada perjuangan sehingga pernah merengkok di penjara, naik turun mahkamah atas demonstrasi isu isu kemanusiaan. Sikap penyayang ini merentasi agama, negara dan budaya. Prinsipnya sentiasa menggalakkan dialog, mesra, bertindak atas realiti banyak memaut sokongan pelbagai budaya kepada parti ini. Kesederhanaan pendekatan, cermat dalam tindakannya menampilkan parti ini setanding dgn parti parti lain di negara ini. 

Sahabat sahabat semua, beristighfarlah. 

 Janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu golongan sehingga kamu tidak berlaku ADIL. Berlaku Adillah. Sesungguhnya ADIL itu amat hampir dengan Ketaqwaan." 

Borhanuddin Ahmad, Pegawai Penyelidik PPP. 2000 hingga 2004. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. 

Dicatat oleh PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena