Monday, 9 February 2015

Rayuan ditolak, Anwar bersalah...Hukuman penjara lima tahun kekal

Selasa, 10 Februari 2015

Rayuan ditolak, Anwar bersalah atas tuduhan liwat

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memeluk isterinya
Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebaik sahaja beliau
didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan hari ini
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan sebentar tadi memuktamadkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.
Keputusan sebulat suara yang dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria itu menolak rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Bagimanapun, mahkamah ditangguhkan sejam bagi pihak pendakwaan mengemukakan hujahan berhubung hukuman terhadapnya.
Arifin membacakan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.


Turut bersidang, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Rayuan akhir Anwar itu telah didengar selama lapan hari bermula 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu di hadapan panel lima hakim mahkamah tertinggi negara.
Ketua Pembangkang itu didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.
Pada 9 Januari 2012 , Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mendapati Anwar bersalah.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Balia Wahi Yusof yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara mendapati Anwar bersalah dan menjatuhkan hukuman itu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena