Thursday, 5 February 2015

WOWW! Durian runtuh RM1 bilion projek AES! Yang kenyang & untung siapa? ATES dan BETA TEGAP le!...

Khamis, 5 Februari 2015


WOWW!!!.. Durian runtuh RM1 bilion dlm projek AES.
'SIAPA' yg dapat pampasan RM1 bilion tu ???
BUAT RM700 juta, pampasan RM1 bilion ???

Mudah dan indahnya sebenarnya menjalankan perniagaan di Malaysia dengan KERAjaan Malaysia kalau kena caranya...

Memang tepat lagi benar.. "BN BERI NIKMAT"

Yang kenyang & untung siapa? ATES dan BETA TEGAP
Yang bakal merana siapa? Rakyat marhaen juga terkesan akhirnya.. JANGAN RISAU rakyat... Cukai GST menanti ANDA !!!




The Edge dedahkan jumlah pampasan kepada pengendali AES..


Tahun 2013 yang lalu, Mahfuz ada meminta agar kerajaan mendedahkan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada dua syarikat swasta yang mengendalikan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd jika kerajaan berhasrat mengambilalih sistem tersebut.

Kata Naib Presiden PAS itu "Untuk mengambil alih AES sudah pasti satu bayaran pampasan yang tinggi perlu diberikan kepada kedua-dua syarikat pengendali tersebut.

"Kita minta kerajaan mendedahkan jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan jika pengambilalihan tersebut dilaksanakan, selain itu juga kita turut mengesa agar kandungan perjanjian didedahkan untuk pengetahuan umum,"

Mahfuz dalam masa yang sama memberitahu keputusan itu juga turut membuktikan kerajaan tidak cekap serta menunjukkan mereka tidak membuat kajian sepenuhnya pelaksanaan AES.

"Saya lihat kerajaan sebelum ini tidak mengkaji terlebih dahulu apa impak sebenar jika ia diberikan kepada syarikat swasta terutama kesan dari sudut kewangan dan kerugian yang akan dialami.

"Kita dari Pakatan Rakyat dari awal lagi membantah pelaksanaanya terutama jika dilihat dari sudut tekanan yang diberikan kepada pemandu yang diperah poket mereka untuk kayakan syarikat swasta serta menjadi sumber kewangan negara," kata beliau sepertimana yang dilaporkan HarakahDaily

Namun hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun tiada sebarang jawapan dari pihak yang bertanggungjawab..

Orang utara kata depa buat pekak dan bodoh saja..

Namun begitu jumlah pampasan yang dibayar oleh Kerajaan terhadap dua syarikat swasta yang mengendalikan AES itu akhirnya terdedah juga..

Dalam satu laporannya The Edge Financial Daily telah mendedahkan jumlah yang dikatakan telah dibayar akibat ketidak cekapan pihak Kerajaan sepertimana yang didakwa oleh Mahfuz itu dalam melaksanakan AES..

Mahal rupanya harga yang perlu dibayar bagi ketidak cekapan itu..

Laporan dari The Edge Financial Daily itu telah diterjemahkan dan disiarkan oleh Berita Semasa.. berikut adalah laporannya..

Projek Saman Trafik AES : Pampasan Bernilai RM1 Bilion? 
Mudah dan indahnya sebenarnya menjalankan perniagaan di Malaysia dengan kerajaan Malaysia kalau kena caranya. 
Berita terkini yang Berita Semasa terima sepertimana mana dilaporkan sendiri oleh The Edge Financial Daily kerajaan bakal membayar sejumlah RM500 juta (duit pembayar cukai) kepada setiap syarikat. 
- Beta Tegap bakal terima pampasan RM500 juta
- ATES juga bakal terima pampasan RM500 juta  
Semuanya dek kerana kerajaan Malaysia telah membatalkan kontrak menguruskan operasi AES pada September 2013 untuk kedua-dua syarikat ini yang mana kerajaan sendiri akan menguruskan sistem saman AES melalui sebuah syarikat milik kerajaan iaitu AES Solution.  
Lebih elok jikalau JPJ atau PDRM sendiri yang uruskan. Kontraktor terbaru uruskan saman trafik AES yang terbaru ini pun bukan dapat projek daripada “open tender“
“Mengapa susahkan, perkara sedia ada senang”?  
Kenapa daripada dahulu kerajaan Malaysia tidak berfikir mengenai cara ini? Mengapa? Di mana dan kemana pemikir untuk kerajaan Malaysia?  
Akhir, buta-buta kerajaan Malaysia bakal terpaksa mencampakkan dan membazirkan duit rakyat sejumlah RM1 bilion untuk kedua-dua syarikat swasta Beta Tegap dan ATES bagi menguruskan saman trafik AES.  
Yang kenyang dan untung siapa? ATES dan BETA TEGAP
Yang bakal merana siapa? Rakyat marhaen juga terkesan akhirnya 
Sepenuhnya silalah baca di SINI

Tapi... Macai peduli apa ini semua
Posted by Anak Sungai Derhaka 
Hokage Ayok's photo.
  • Hokage Ayok

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena