Saturday, 4 April 2015

TUN M hanya buka mulut sikit je..."SIAPA ARAH BUNUH ALTANTUYA?" puak sebelah sana beria-ia meroyan ...

Sabtu, 4 April 2015


Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan niat Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan membela pembunuhnya, Koperal Sirul Azhar Umar.

Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), akan mengambil langkah menangkis tuduhan baharu yang dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pembunuhan wanita Mongoli
a Altantuya Shaariibuu.

http://bloglist-malaysia.blogspot.com/

------------------------------------
PELIK .....
TUN M HANYA BUKA MULUT SIKIT JE ... "SIAPA ARAH BUNUH ALTANTUYA?" TETIBA RAMAI DARI PUAK SEBELAH "SANA" YANG MELATAH-LATAH ... KENAPA YA? BERANI KERANA BENAR .. TAKUT KERANA SALAH ... RILEK LAH BEB KALAU TAK BUAT SALAH ....

#Lagi pelik .... kes liwat anwar yg tidak melibatkan kes jenayah berat, puak sebelah sana beria2 meroyan ..
.

Tempoh 'perbincangan senyap' sudah berlalu - Tun Mahathir


UMNO perlu menukar pemimpin mereka bagi memulihkan negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

CYBERJAYA: "Tempoh 'perbincangan senyap' sudah berlalu,"

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya pemberita sama ada beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas memberikan kritikan secara terang-terangan menerusi blognya.

"Saya tidak akan berjumpa dengan Najib, saya dah pun berjumpa beliau dan mereka juga ada menyuruh saya diam dan saya telah pun diam selama empat tahun.

"Kita dah melepasi tahap di mana kita adakan perbincangan secara senyap.. ini langkah terakhir, saya terpaksa buat secara terbuka," tegas beliau.

"Macam 1MDB kita tanya berkali-kali tak ada jawapan.. ada dengar Najib jawab? Walaupun dalam himpunan ketua-ketua bahagian tak ada dia jawab. Ada yang bagi arahan jangan bangkit perkara ini.. itu bukan jawapan," katanya lagi.

Dr Mahathir juga berkata beliau sebelum ini telah menyimpan harapan tinggi kepada Najib selepas pengunduran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya simpan penuh harapan pada Najib tetapi saya lihat prestasi dia buruk lagi dari Pak Lah.

"Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dahulu saya kata kalau pencapaian dia buruk lagi dari Pak Lah dia patut berhenti... Berhenti dari jadi perdana menteri dan presiden parti," tambahnya.

UMNO perlu menukar pemimpin mereka bagi memulihkan negara ini, saran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, ini adalah langkah terbaik bagi memenangi hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Kalau dia nak selamat, saya fikir dia kena tukar pemimpin... pasal terlalu banyak skandal dan dia tak dapat jawab," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas menghadiri forum di Cyberjaya pada Sabtu.

Bagaimanapun katanya, beliau masih menyokong UMNO, cuma tidak bersetuju dengan kepimpinannya sahaja.

- astroawani
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena