Monday, 2 November 2015

Kumpulan kerja PBB desak Anwar dibebaskan

Isnin, 2 November 2015

Kumpulan kerja PBB desak Anwar dibebaskan

Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata penahanan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara adalah tidak perlu dan mendesak beliau dibebaskan serta-merta.
Kumpulan itu menyifatkan perlucutan hak yang dihadapi Anwar dianggap arbitrari (sewenang-wenangnya) dengan mengambil kira kepada semua hal dalam kes itu.
"Pemenjaraan Anwar Ibrahim adalah arbitrari... mengambil kira semua hal dalam kes tersebut, kumpulan kerja ini berpendapat bahawa (langkah) kerajaan untuk membetulkan keadaan adalah untuk membebaskan Saudara Anwar Ibrahim dengan serta-merta, dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas oleh kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan," kata kumpulan itu.
Pandangan kumpulan itu dibacakankan oleh MP Padang Serai N Surendran dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
Kumpulan kerja itu adalah badan bawah Majlis Hak Asasi Manusia PBB, yang mana Malaysia sebelum ini menganggotainya pada 2006 hingga 2009 dan 2010 hingga 2013.
Surendran berkata Malaysia perlu mematuhi arahan tersebut dan Putrajaya berdepan risiko reputasi terjejas di peringat antarabangsa jika arahan tersebut diabaikan.
Sementara itu dalam kenyataan yang diedarkan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), beliau bersyukur dengan gesaan PBB supaya kerajaan membebaskan bapanya.
"Pendirian tegas sebegini bersolidariti bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar satu mesej yang jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan memastikan kemerosotan hak asasi manusia yang berlaku di bawah kepimpinan beliau tidak diabaikan oleh dunia," kata Izzah.
Anwar dipenjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena