Friday, 6 November 2015

MP Pas sokong Undi Tak Percaya? Hat ni cerdiklah sikit walau pun PAS buat U-Turn lagi! 'Saya tak tahulah...

Sabtu, 7 November 2015

PAS Buat U-Turn - MP PAS Akan Sokong Undi Tidak Percaya Kepada PM


KUALA LUMPUR: Penjelasan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti mengambil sikap berkecuali dalam Bajet 2016 dengan alasan-alasan yang dinyatakan, tetapi, akan menyokong usul tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan Umno adalah tepat dan selari dengan keputusan parti.

Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berata, seperti yang disebut Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak, masalah 1MDB dan isu-isu berkaitan telah menyebabkan susah untuk mempromosikan Malaysia. 

Menurutnya, semua masalah itu berkait dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak termasuk derma RM2.6 bilion yang sudah menjadi jenaka dunia.

"Saya yakin ahli Parlimen PAS akan melaksanakan keputusan parti yang telah dibuat," ujarnya dalam satu kenyataan. 


-HARAKAHDAILY 
BLM.

'Saya tak tahu dan tak akan setuju bersama Umno'



PAS Selangor tidak tahu menahu berhubung dakwaan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu membentuk kerajaan bersama Umno di negeri itu.

Bagaimanapun, kata pesuruhjayanya Datuk Iskandar Abdul Samad, sekiranya benar wujudnya "konspirasi" ke arah kerajaan perpaduan, pihaknya tidak akan bersetuju.

“Tetapi selalunya kalau berlaku konspirasi nak wujudkan kerajaan perpaduan, memang kita tak tahu dan memang kita pun tidak bersetuju kalau berlaku kerajaan perpaduan dengan Umno-BN," katanya.

Husam dalam satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas mendakwa Hadi cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Dalam video ucapan yang dimuat naik di Internet pagi ini, Husam mendakwa Hadi mengaku mengajak dua atau tiga ADUN PKR menyertai PAS bagi membentuk kerajaan negeri bersama Umno.

Walaupun tidak menyatakan tempoh masa berkenaan, ia dipercayai merujuk keadaan semasa krisis menteri besar Selangor ketika PKR mahu menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

'Apa perlu dengan Umno?'

Sementara itu, Iskandar juga berkata, PAS negeri itu tiada keperluan untuk bekerjasama dengan Umno berdasarkan keadaan politik semasa.

“Saya tak tahu selama ini, tetapi seperti mana yang sebelum ini masa krisis menteri besar pun, kita tidak pernah bincang mengenai kerjasama dengan Umno.

"Saya rasa, yang saya lihat tidak ada keperluan nak tubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno. Sebab kita masih dalam keadaan terkawal sekarang ini.

“Apa perlunya kita tubuh kerajaan perpaduan dengan Umno. Orang Umno sendiri pun tak mahu dengan Umno," katanya yang juga naib presiden PAS itu.

Ketika diajukan soalan mengenai dakwaan yang mengatakan terdapat usaha PAS untuk memujuk beberapa ADUN PKR menyertai parti Islam itu, beliau hanya berkata:

"Itu saya tak tahu, sebagai pesuruhjaya PAS Selangor, saya tidak tahu itu berlaku. Kena tanya Datuk Husamlah," ujarnya.

PAS Selangor masih mengekalkan kerajaan bersama PKR dan DAP negeri walaupun gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan ditubuhkan tanpa mereka.

PKR dan DAP kini bergabung bersama parti Parti Amanah Nasional (AMANAH) di peringkat nasional.
Batuvskayu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena