Friday, 6 November 2015

[Video] “Amanah jaga betul-betul. Jangan buat silap. Orang sudah BOSAN dengan parti politik perkauman yang ada.”

Sabtu, 7 November 2015




Pengalaman mengikuti kempen keahlian Amanah 
A SHUKUR HARUN 

Ketika menyertai para aktivis Parti Amanah Negara atau Amanah berkempen untuk mendaftar ahli parti baru itu di beberapa pasar pagi dan petang di beberapa  tempat di Lembah Klang, saya mendengar secara lansung pandangan orang ramai di situ  mengenai parti baru ini. 

Tempat itu ialah di Petaling Jaya, Kelana Jaya, USJ Taipan Subang Jaya dan beberapa lagi. 

Pandangan mereka sangat menarik, pelbagai ragam, malah ada yang mengejutkan serta menggelikan hati. Namun sudah ramai mengetahui kewujudan Parti Amanah ini walaupun baru beberapa bulan ditubuhkan. 

Kalangan penduduk di Lembah Klang adalah penduduk bandar yang bermaklumat – melayari internet dengan WhatsApp, Facebook, Twitter,  selain dari mengikuti pelbagai news portal dan online. 

Dengan itu agak mudah para aktivis Amanah berdepan dengan mereka, malah ada pengunjung pasar itu yang memberikan pandangan sangat menarik mengenai situasi politik tanah air yang gawat dan bagaimana sewajarnya Amanah berperanan di tengah gegak gempita politik ini. 

Kebanyakan mereka adalah golongan professional – doktor, ahli ekonomi, jurutera, peniaga dan pelbagai lagi. Tidak kurang juga ramai anak muda yang bekerja dipelbagai bank di sektar itu dan syarikat lain. 

Apabila dihulurkan risalah mengenai Amanah, ada yang segera berkata: “Saya kenal orang ini, Muhamad Sabu, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Khalid Samad. Orang ini semua veteran politicion.” 

Seorang jurutera yang berpejabat tidak jauh dari pasar pagi itu, segera mengambil risalah Amanah dalam bahasa Inggeris, lalu membacaya. Beliau memperkenalkan dirinya, “Robert Lim,” sambil menghulurkan tangan kepada salah seorang aktivis Amanah di situ. 

“Amanah is multi racial parti, inclusive,” kata saya. 

“Yes I know. That’s very good for multi-racial society like Malaysia,” katanya. 

Lalu beliau meminta borang, membaca dan seterusnya mengisinya di situ juga untuk menjadi ahli. Selepas mengisinya beberapa ketika, beliau menyerahkan borang tersebut kepada petugas di situ. 

Berbual seketika di situ, kemudian berlalu. Kemudian seorang wanita Melayu bertudung, membawa bakul untuk ke pasar pagi di situ, singgah di kaunter petugas Amanah dan mengambil risalah yang diberikan kepadanya. 

“Saya dah dengar parti baru ini,” katanya dan menambah, “Saya hendak ke pasar dulu, nanti saya datang.” 

Orang ramai yang lalu lalang menyusuri pasar pagi itu ramai yang merenung spanduk Amanah yang diletakkan di kanan meja mendaftaran ahli baru Amanah. 

Ada yang singgah dan mengambil risalah dan membacanya dan ada pula yang berlalu saja, menggelengkan kepala,  dengan kata-kata, “Saya tak mahu politik.” - apabila melihat spaanduk Amanah.” 

Ada pula yang memberi komen, “Politik sekarang ini kacau bilau. Kita tidak tahu parti politik mana yang benar, yang mana yang berbohong, saya kira banyak yang berbohong,” kata seorang lelaki pertengahan umur. Bagaimanapun beliau mengambil risalah Amanah yang dihulurkan. 

“Terima kasihlah, saya nak baca dulu,” katanya dan berlalu. 

Wanita Melayu yang berlalu tadi, datang kembali, mengenalkan dirinya – Khadijah – lalu mengisi barangan beliannya ke dalam keretanya yang diletakkan tidak jauh dari situ. Kemudian datang kembali, lalu mengisi borang menjadi ahli Amanah. 

"Saya mengajar di sebuah kolej Petaling Jaya,” katanya dan menambah, “Saya dah pernah pergi mendengar ceramah Parti Amanah ini di Shah Alam. Saya harap Amanah tidak macam parti lain, hentam orang, tuduh orang yang bukan-bukan,” katanya. 

Seorang lagi wanita Melayu yang datang ke kaunter pendaftaran Amanah, lalu mengaambil risalah dan membacanya. 

Beliau yang bekerja di sebuah syarikat menjual komputer tidak jauh dari situ, memberitahu bahawa dia juga tahu kewujudan parti baru ini melalui media. 

Mengenalkan dirinya sebagai Siti Norlin, beliau memang mencari di mana tempat hendak mendaftar sebagai parti baru ini. 

“Saya tertarik dengan parti ini yang bersifat multi-racial. Saya memang menolak perkauman. Ibu saya berketurunan Cina, ayah Melayu. Kami ramai kawan pelbagai kaum,” katanya dan mula mengisi borang keahlian. Setelah selesai mengirinya, beliau menyerahkannya kepada petugas di kaunter itu. 

Dalam masa kira-kira tiga jam kaunter pendaftaran itu dibuka, beberapa orang Melayu dan Cina serta India datang dan berbual-bual dan ramai yang mengisi borang menjadi ahli. 

Dengan mengikuti sepanjang kempen mendaftar ahli Parti Amanah ini, saya mendapat pelbagai pengalaman menarik, bahkan mendapat maklumat yang fresh dari mereka yang ditemui mengenai parti baru ini. 

Kebanyakkannya menolak parti perkauman dan fahaman agama yang sempit kerana menurut mereka, fahaman seumpama ini menjerumuskan negara kepada kemusnahan keharmunian antara kaum. 

Yang menentang perkauman ini kelihatannya dari pelbagai kaum dan agama. Saya kira, di sinilah Parti Amanah, mendapat laluan mudah untuk diterima oleh masyarakat, terutama masyarakat bandar seperti yang kami temui di pasar pagi di beberapa tempat di Lembah Klang ini. 

Dari perbualan dengan beberapa orang yang mendekati kaunter Amanah itu, kami diberitahu bahawa “Amanah mesti jaga betul-betul. Jangan buat silap. Orang sudah bosan dengan parti politik perkauman yang ada.” 

Ini mesej yang jelas untuk Amanah. Justru ia berpotensi besar untuk menjadi parti masa depan kerana pada umumnya masyarakat melihat parti ini adalah kombinasi antara generasi lama dan baru serta berakar tunjang kepada agama Islam. 

Posted by mountdweller 

1 comments:

Unknown said...

sekarang baru `adik' faham kenapa tuhan Allah tak menangkan ISLAM di bawah panji PAS. rupanya hikmah sebab kalau dimenangkan di bawah PAS maka ISLAM akan dipandang TIDAK mulia disebabkan akhlak ahli dan pendokong PAS yang dah keliru dengan jawatang n kebendaang... wekkkk

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena