Najib kekal, BN kalah -Sanusi Junid
Bekas Menteri Besar itu menyifatkan kasih sayang yang ditunjukkan kepada UMNO adalah supaya parti Melayu dan negara dihormati masyarakat dan bukan untuk bersama parti tetapi mengkhianati UMNO.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Tan Sri Sanusi Junid tidak mahu melihat parti yang telah memerintah negara lebih setengah abad kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang semata-mata disebabkan oleh kegagalan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
“Kami tidak mahu Perdana Menteri turun jawatan kerana kalah pilihan raya. Kami tidak mahu Barisan Nasional (BN) kalah pilihan raya.
“Malangnya, kami merasakan UMNO dan BN akan kalah jika Najib tidak turun terlebih dahulu daripada jawatan. Itu sebabnya kami minta beliau turun, semuanya kerana sayang UMNO. Kalau pecat, pecatlah… hati kita tetap ada dalam UMNO,” ujarnya dalam rakaman video yang dimuat naik oleh Din Turtle.
Bekas Menteri Besar itu menyifatkan kasih sayang yang ditunjukkan kepada UMNO adalah supaya parti Melayu dan negara dihormati masyarakat dan bukan untuk bersama parti tetapi mengkhianati UMNO.
“Bukan itu kita kata sayang pada UMNO. Kita buat supaya UMNO dan negara yang diperintah oleh BN ini dihormati oleh orang.
“Rasa sayang pada UMNO ini bukan bermakna kita boleh memaki pemimpin yang pernah berjasa kepada negara semata-mata kerana menegur kesalahan kita,” katanya.
Bekas Menteri Kabinet itu turut menyelar kealpaan Najib yang terlena dengan pujian-pujian yang diberikan terhadapnya.
“Apakah orang yang baik adalah mereka yang memuji kita? Walhal, yang memuji itu pula diupah.
“Sedangkan orang lain tidak diupah pun boleh puji orang kalau dia nampak jasa.
“Pujian pun harus diselidik latar belakangnya. Kadang-kadang yang bercakap tu kerana gaji, jawatan atau ekotan dapat untung daripada bercakap macam tu,” katanya.
0 comments:
Post a Comment