Saturday, 5 March 2016

Penyingkiran Najib! KJ Pemuda UMNO kena 'tempelak hidup-hidup' beri jawapan ‘budak-budak’?

Sabtu, 5 Mac 2016

Khairy ditempelak beri jawapan ‘budak-budak’

 | March 5, 2016
Khairy sepatutnya menjawab setiap desakan yang dibuat terhadap Perdana Menteri melalui Deklarasi Rakyat bukannya membuat cabaran yang tidak matang.
Dr Mujahid Yusuf Rawa
KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin ditempelak gara-gara komennya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang seperti ‘budak-budak’ bermain politik.
Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, Khairy sepatutnya tampil menjawab setiap usul ‘Deklarasi Rakyat’ mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan Perdana Menteri kerana gagal mentadbir negara.
“Sepatutnya Khairy menjawab apa yang kita setuju dalam Deklarasi Rakyat, itu isunya, tetapi kenyataan Khairy itu lebih kepada jawapan budak-budak ‘kalau berani lawan masa PRU’, itu kenyataan tidak matang,” katanya kepada FMT selepas menghadiri forum Media Disekat, Demokrasi Nazak malam tadi.
Khairy dilaporkan mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad, pemberontak UMNO dan parti pembangkang bergabung melawan UMNO dalam pilihanraya akan datang untuk mengukur sejauh mana kekuatan mereka.
Mujahid, Ahli Parlimen Parit Buntar itu menambah, kesediaan Pakatan Harapan untuk bersama-sama Dr Mahathir dalam Deklarasi Rakyat sangat jelas adalah untuk menyelamatkan negara dan memastikan Perdana Menteri berundur, malah setiap keputusan dibuat merentasi jalur politik dan fahaman.
“Pendirian Mahathir sangat jelas iaitu hanya memberi fokus kepada penyingkiran Najib, malah setakat yang kami dengar ucapan beliau (semalam) tidak menampakkan minatnya untuk menyertai mana-mana parti politik.
“Dan kami di Pakatan Harapan juga tidak pernah berbincang dalam soalan itu (gabungan politik), kerana kami bersetuju dua benda pertama penyingkiran Najib sebab dia punca kepada isu (1MDB, derma dan sebagainya), kedua kita nak selamatkan Malaysia,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena