Thursday, 10 March 2016

SAVE MALAYSIA dibiaya rakyat, tak ambil duit hartawan...Derma RM10 untuk Selamatkan M'sia, rayu Zaid

Khamis, 10 Mac 2016

Derma RM10 untuk Selamatkan M'sia, rayu Zaid

Gerakan Selamatkan Malaysia memohon bantuan kewangan daripada orang ramai untuk membiayai operasinya, kata seorang anggotanya, Datuk Zaid Ibrahim.
Ini, katanya, juga akan membantu kumpulan itu memecahkan kitaran rasuah di negara ini, di mana ahli perniagaan memberi bantuan kewangan sebagai mendapatkan balasan pada kemudian hari.
"Kita tidak akan dapatkan bantuan kewangan daripada jutawan atau Jho Lows yang ada di dunia atas sebab yang mudah iaitu mencari bantuan daripada ahli perniagaan sebagai pertukaran untuk sesuatu adalah punca rasuah sistemik.
"(Jadi) saya seru rakyat Malaysia untuk membuat komitmen peribadi yang kecil - walaupun RM10 - untuk menunjukkan bahawa mereka ambil berat tentang masa depan kita bersama," tulis beliau di blog hari ini
Zaid berkata beliau akan memberikan maklumat lanjut mengenai sumbangan itu kemudian.
Malaysiakini
Gerakan Selamatkan Malaysia dibiaya rakyat, tak ambil duit hartawan, kata Zaid 
Gerakan Selamatkan Malaysia akan mengambil pendekatan ‘crowdfunding’ (dibiaya orang ramai) dan tidak akan mendapatkan bantuan kewangan daripada para hartawan, kata Datuk Zaid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.
Gerakan Selamatkan Malaysia akan mengambil pendekatan ‘crowdfunding’ (dibiaya orang ramai) dan tidak akan mendapatkan bantuan kewangan daripada para hartawan, kata Datuk Zaid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.
Datuk Zaid Ibrahim, ahli pergerakan itu, berkata gerakan itu akan mengambil pendekatan "crowdfunding" (dibiaya orang ramai) dan tidak akan mendapatkan bantuan kewangan daripada para hartawan.
"Kami tidak akan mendapatkan bantuan kewangan daripada hartawan dan segala Jho Low di dunia ini, semata-mata kerana, mendapatkan 'bantuan' daripada ahli perniagaan sebagai pertukaran kepada sesuatu yang kita kehendaki, adalah punca rasuah sistemik.
"Sama ada kita ikut laluan orang seperti Jho Low atau kita dapatkan sokongan daripada orang biasa untuk membiayai masa depan politik negara ini," katanya dalam blognya, The Zaidgeist hari ini.
Beliau merujuk kepada ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kami tidak akan tukar bantuan kewangan dengan pertolongan. Benih rasuah ditanam apabila ahli politik menerima wang dari ahli perniagaan. Kitaran ganas ini mesti berhenti," tulis Zaid.
Beliau berkata, persoalannya ialah sama ada rakyat akan bersedia untuk "mengaku dan menuntut semula negara ini daripada oligarki".
"Kita mesti beri rakyat peluang menyumbang (kepada) perjuangan untuk Malaysia yang lebih baik.
"Saya menyeru kepada rakyat Malaysia untuk membuat komitmen peribadi yang kecil, walaupun RM10, untuk menunjukkan mereka mengambil berat tentang masa depan kita bersama."
Gerakan itu, diterajui bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bertujuan menyelamatkan negara ini daripada rasuah sistemik dan menjatuhkan Najib, yang pentadbirannya dicemari dakwaan penglibatan dalam skandal kewangan.
Zaid juga berkata, gerakan itu tidak akan lenyap begitu saja seperti yang didakwa pemimpin Umno.
"Gerakan ini boleh membantu menghentikan kes pemberhentian pekerja yang semakin menjadi-jadi.
"Ia boleh membantu memastikan pekerja kita mempunyai pekerjaan yang baik dan dibayar secara adil. 
"Gerakan Selamatkan Malaysia juga boleh menghentikan kebanjiran buruh asing yang murah.
"Pergerakan kami bertujuan memulihkan demokrasi dan tadbir urus yang baik.
"Malaysia sekali lagi akan ditadbir dengan undang-undang yang dilaksanakan secara adil oleh agensi penguatkuasaan seperti polis yang menjaga semua rakyat, bukan hanya mereka yang menyokong perdana menteri sekarang," katanya.
Dr Mahathir pada 4 Mac memulakan Deklarasi Rakyat, yang ditandatangani beberapa pemimpin Umno yang tidak lagi menyokong Najib dan pemimpin parti pembangkang serta kumpulan masyarakat sivil.
Kumpulan itu kemudiannya ditukar nama kepada Gerakan Selamatkan Malaysia, yang kini menyasarkan sejuta rakyat Malaysia di seluruh negara menandatangani petisyen menuntut peletakan jawatan Najib. – 10 Mac, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/gerakan-selamatkan-malaysia-dibiaya-rakyat-tak-ambil-duit-hartawan-kata-zai#sthash.IcA7sdXY.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena