Thursday 18 August 2016

"Cerita PENGSOLAPAN dana 1MDB"! Sibuk dengan DoJ terlupa laporan PAC...MO#1 di PMO?

Khamis, 18 Ogos 2016
SPRM !!! Awak Kat Mana !!!
Kalau tangkap & beku RM13 juta pon dikatakan 'IKAN BESAR', bagaimana pula dgn RM107 juta di KBS dan RM2,600 (RM2.6 bilion) di akaun peribadi MO1 ??!!!
NAK TANGKAP TUNGGU 'HARI SELASA' KA !!
Nak jumpa MO#1 pegi PMO (Prime Minister Office)..

KAH..!! KAH..!! KAH..!!

BERTUAH ler boleh selfie... selfie ngan MO#1
Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad
Tumpuan diberikan pelbagai pihak yang prihatin dengan skandal mega 1MDB terhadap tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) tidak sewajarnya mengkesampingkan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) berhubung skandal yang sama.
Malah pendedahan yang dilakukan PAC berhubung salah tadbir urus 1MDB boleh dijadikan asas oleh pihak berkuasa khususnya Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertindak, kata Pengarah Strategi AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad.
Ini kata beliau termasuk tindakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB  Mohd Hazem Abdul Rahman tidak mengendahkan arahan dan keputusan lembaga pengarah (BOD), menipu BOD dan menipu juruaudit.
"Cerita pengsonglapan dana 1MDB ini sebahagian besar dibutirkan oleh Laporan PAC. Hampir keseluruhan ringkasan dari muka surat 94 hingga 101 adalah bersabit segala pelanggaran pihak pengurusan khasnya CEO terhadap Lembaga Pengarah (BOD).
"Sejumlah 19 kali CEO tidak mengendahkan BOD, enam kali menipu BOD dan tiga kali menipu pihak auditor! Masihkah tidak ada apa-apa dakwaan sehingga hari ini?" soal beliau.
Dr Dzulkefly turut mempersoalkan 'kekebalan' yang dimiliki bekas CEO 1MDB itu sedangkan berdasarkan laporan PAC beliau boleh dikenakan dakwaan pecah amanah, menipu (fraud) dan pertuduhan lain.
Beliau turut kesal dengan respons negatif sesetengah pihak khususnya pemimpin Umno terhadap tindakan yang diambil DoJ walaupun tindakan serupa sewajarnya diambil pihak berkuasa negara ini.
"Ketika saya membaca kesemua laporan (tentang penyelewengan dana 1MDB), bayangkan betapa remuknya dan terbakarnya jiwa ini ketika mengenangkan ribuan juta atau dalam angka Ketua Audit Negara RM27.7 bilion tidak dapat disahtentukan keberadaannya kerana telah disonglap oleh penyangak-penyangak celaka ini!
"Bayangkan betapa besar manfaat yang boleh dijana untuk rakyat dan negara andainya 1MDB diurus dengan baik atau bayangkan Malaysia yang tidak punya 1MDB!" tegas beliau kepada Malaysia Dateline.
Mohd Hazem meletak jawatan sebagai CEO 1MDB 15 Januari lalu, tidak sampai dua tahun menerajui syarikat itu.
Sumber Reuters menyebut, peletakan jawatan Mohd Hazem yang dilantik menerajui 1MDB sejak Mac 2013 menyebabkan rancangan tawaran awam permulaan (IPO) RM10.54 bilion bahagian penjanaan tenaga syarikat itu tertangguh lebih lama.
Dana pembangunan strategik itu berdepan kontroversi berhubung jumlah hutangnya lebih AS$11 bilion (RM38.66 bilion) untuk membeli aset janakuasa tenaga, keputusan pelaburan serta kadar faedah tinggi yang dibayar untuk bon terbitannya.
Mohd Hazem digantikan oleh Arul Kandasamy, yang pernah mengetuai bahagian perbankan pelaburan dan pembiayaan korporat Abu Dhabi Commercial Bank.
Arul juga dilantik Presiden Kumpulan 1MDB dan pengarah eksekutif.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena