Saturday, 27 August 2016

[Video] TERHEBAT: Himpunan #TangkapMO1 Pimpinan Mahasiswa..."Anak muda sudah berani, ada kesedaran dan celik terhadap isu politik tanah air".

Ahad, 28 Ogos 2016

#TANGKAPMO1: RESPON TERHADAP GESAAN ALI TINJU
Oleh MOHD FITRI ASMUNI
Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah kepada mahasiswa dan anak muda yang menganjurkan himpunan aman #TangkapMO1. Ia menunjukkan anak muda sudah berani, ada kesedaran dan celik terhadap isu politik tanah air.
Kedua, saya nak komen sedikit mengenai desakan Ali Tinju. Bila Ali Tinju desak polis tangkap pelajar sertai demo, Ali Tinju mesti memenuhi 2 elemen dahulu: Pertama: MENYERTAI DEMO; Kedua: DEMO.
Antara (1) MENYERTAI DEMO dan (2) DEMO, Ali Tinju perlu klasifikasikan elemen mana yang dianggap salah dan jenayah di sisi undang-undang samada Penal Code, Peaceful Assembly Act 2012 atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai di Malaysia.
Adakah MENYERTAI DEMO itu yang salah atau DEMO itu sendiri yang salah ataupun kedua-dua elemen itu yang salah di sisi undang-undang.
Ini penting kerana pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya menangkap mana-mana individu dan rakyat Malaysia tanpa sebarang sebab yang dianggap jenayah di sisi undang-undang kerana mereka yang disalah tangkap atau tahan ["wrongful arrest and detained"] boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak polis yang menangkap mereka secara salah tersebut.
Ali Tinju juga tidak boleh sesuka hati mendesak pihak polis menangkap mana-mana individu dan rakyat Malaysia tanpa sebarang sebab yang beliau percaya salah dan jenayah di sisi undang-undang kerana Perlembagaan negara menjamin kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman kepada setiap warganegara Malaysia.
Oleh itu, kita juga harus mendesak Ali Tinju kemukakan faktanya dalam masa 48 jam mengenai perkara di atas dan janganlah ikut cara Naib Ketua Pemuda UMNO, saudara Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis berdasarkan kepada andaian beliau semata-mata.
Negara kita bukan negara rimba. Negara kita ada undang-undang.
*Penulis adalah Ketua Pemuda AMANAH Perak.

1 comments:

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena