Ketika... 1MDB skandal kewangan TERBESAR DALAM SEJARAH DUNIA terpalit pada Najib sampai kemuncaknya, TIBA-TIBA wajah2 Peguam Negara, Gabenor BNM & Pengerusi PAC pantas berubah wajah... KENAPA ??!!!
Ketika... di peringkat antarabangsa MAS (S'pura), DoJ (US), AG Swiss dan AG Luxemborg sdg sibuk siasat kes 1MDB tapi di Malaysia dgn cepat dan mudah tutup kes 1MDB... KENAPA ??!!!
Anda Sendiri Tahu Jawapannya....!!!
Ketika... di peringkat antarabangsa MAS (S'pura), DoJ (US), AG Swiss dan AG Luxemborg sdg sibuk siasat kes 1MDB tapi di Malaysia dgn cepat dan mudah tutup kes 1MDB... KENAPA ??!!!
Anda Sendiri Tahu Jawapannya....!!!
Dr M: AS berhak ambil tindakan wang haram di negara itu
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas usaha menggambarkan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) merampas aset yang diperolehi menggunakan dana 1MDB sebagai campur tangan asing.
Sebaliknya dakwanya, tindakan itu diambil kerana keluarga dan rakan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak melanggar undang-undang Amerika Syarikat.
"Najib dan konco-konconya memikir akan cara memutarbelit fakta yang didedah supaya rakyat Malaysia tertipu.
"Apakah Amerika Syarikat yang begitu menghargai dasar Najib terhadapnya dan persahabatan Najib dengan Presiden Obama, berhasrat untuk menjatuhkan Najib.
"Mereka perlukan Najib menandatangani TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik). Untuk menjatuh banyak cara yang boleh diguna seperti yang kita lihat di Timur Tengah.
"Yang sebenar berlaku ialah pencabulan undang-undang negara Amerika oleh keluarga Najib, kawannya dan Malaysian Official 1," katanya dalam tulisan di blog hari ini.
Mahathir berkata, pengubahan wang haram adalah satu jenayah di kebanyakan negara dan tindakan yang sama biasanya diambil terhadap mereka yang membelanjakan wang yang dicuri.
"Duit berbilion dolar yang dibelanja oleh Riza Aziz, Jho Low mengguna wang dari bank Amerika, membiaya pembelian hartanah dan lukisan di Amerika, membayar hutang judi dan pengeluaran filem lucah Wolf of Wall Street.
"Oleh kerana wang haram dibawa masuk ke Amerika mengguna bank Amerika dan dibelanja di sana maka ia melanggar undang-undang Amerika.
"Negara itu berhak mengambil tindakan undang-undang negaranya seperti Malaysia juga berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap orang asing yang melakukan jenayah di Malaysia.
"Jenayah oleh orang asing tidak dikecualikan dari undang-undang mana-mana negara," ujarnya,
Mahathir berkata, selepas DOJ mengambil tindakan sivil bagi merampas aset yang dibeli oleh Riza dan Jho Low, kemungkinan mereka akan dituduh bawah undang-undang jenayah.
"Jika pendedahan ini boleh mempengaruhi sikap rakyat terhadap kerajaan Najib, yang salah ialah Najib. Kenapa cuba guna duit haram di Amerika," soalnya.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment