Sunday 14 August 2016

RM90 juta? Pas perlu RM3 juta kos saman Sarawak Report di England.

Ahad, 14 Ogos 2016
Petikan Sarawak Report yang mendedahkan wang sejumlah RM90 diterima oleh Pas

Tuduh Pas Terima RM90 Juta : Satu Lagi Cerita Fantasi Sarawak Report Selepas 1MDB | UMNO Online

Pas perlu RM3 juta kos saman Sarawak Report di England

Tindakan saman yang bakal diambil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report perlukan perbelanjaan RM3 juta kata Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao.
"Pas perlu menyediakan wang sekurang-kurangnya RM3 juta bagi menampung keseluruhan kos saman Sarawak Report di England," katanya seperti dilaporkan MalaysiaGazette
Beliau berkata demikian mengulas tindakan saman yang bakal diambil Presiden Pas terhadap Sarawak Report yang menyiarkan berita fitnah kononnya pemimpin parti itu menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mengakui terkejut dengan tindakan berani Pas, Ramesh menawarkan diri membantu parti itu menyediakan segala maklumat dan panduan kerana beliau ada pengalaman dalam proses permohonan saman kepada akhbar tersebut di England baru-baru ini.
"Jika Pas mahu saman Sarawak Report serta wartawannya, Claire Rewcastle Brown di England, sekurang-kurangnya RM3 juta diperlukan untuk menguruskan kes di mahkamah. Saya tahu jumlah kos sebab saya pernah bawa kes saman ke atas kedua-dua pihak itu di England dan saya bersedia bantu Pas sepenuhnya dalam hal ini kerana mahu selamatkan Malaysia daripada dicabul pihak luar," katanya.
Dalam perkembangan sama, Ramesh juga menyatakan kesyukuran kerana akhirnya Pas 'bangun daripada tidur' dan kini sedar akan apa yang dilaporkan Sarawak Report selama ini fitnah dan berniat jahat.
"Mungkin ramai di antara kita fikir Pas bertindak ke atas Sarawak Report hanya setelah parti itu sendiri difitnah dengan politik wang tetapi menutup mulut dan percaya segala laporan portal itu ketika kerajaan dan Najib dikritik dengan pelbagai tohmahan selama ini.
"Sebenarnya saya bersyukur kerana Pas yang selama ini tidak tahu segala berita Sarawak Report selama ini adalah fitnah baru sedar akan perkara sebenar setelah dia turut diperangkap dalam fitnah yang sama.
"Jadi, saya sokong dengan tindakan berani Pas untuk meneruskan saman ke atas Sarawak Report tanpa tidak berganjak dalam apa jua keadaan sekali pun selepas ini," ujarnya.

1 comments:

Unknown said...

90-3 ada lagi 87... pelik aper. (Jangan Umpat Tokguru Ana = JUTA) nanti kena neraca... hahahaaa

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena