Saturday, 13 August 2016

BREAKING NEWS media China bikin panass: NAJIB BERHADAPAN TANGKAPAN FBI? 'Serah diri atau tunggu kami' - KP SPRM

Ahad, 14 Ogos 2016

Nantikan FBI jumpa agong...

NAJIB RAZAK BERHADAPAN TANGKAPAN FBI!!!

BREAKING NEWS: Pagi tadi media di negara China bikin panas lagi apabila menyaksikan Timbalan Pengarah FBI; Mr. Andrew Mccabe telah berucap dan menamakan Najib Razak sebagai#MalaysiaOfficial1 yang juga bapa tiri kepada Riza Aziz . Ianya merujuk kepada kes saman sivil DOJ terhadap 1MDB baru-baru ini.


Aaiiiyoooo mana mahu lari lagi Najib Razak.... MO1 rupanya kamu rupanya. Dlm m'sia... lu kencing semua rakyat m'sia ckp MO1 bukanlah kamu tapi ini hari lu punya game sudah kantoi...

Malah kes penggubalan wang haram 1MDB yang telah berlaku di US telah direkodkan sebagai kes skandal kewangan yang terbesar di dunia. Bikin malu 1 dunia Najib Razak ini.

Ya Allah. kami rakyat Malaysia bersyukur kerana KAU telah mempermudahkan jalan-jalan untuk Najib Razak ditahan atas kesalahan penggubalan wang haram 1MDB. Kami memohon agar KAU percepatkan proses untuk Najib Razak ditahan dan disoal siasat malah KAU percepatkanlah prosiding mahkamah tersebut agar kami rakyat Malaysia berasa aman damai dan boleh menikmati hidup dalam keadaan selamat demi untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara ini.

Amin Yarabbal alamin.

SEBARKAN...

Siapa Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu?

Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan pelantikan Datuk Dzulkifli (kanan) sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021. -Foto Bernama


Ko pun tahu di mana MO1 tu tinggal...kalau betul ko anak jantan...pergi dan tangkap terus
Tak payah nak sembang sembang lagi...!!!


'Serah diri atau tunggu kami' - KP SPRM
'Serah diri atau tunggu kami' - KP SPRM
DZULKIFLI: Saya tidak banyak bercakap, saya seorang yang gemar melakukan dan mengambil tindakan.

PUTRAJAYA: Hentikan rasuah dan salah guna kuasa sekarang atau bersedia berdepan tindakan tegas pasukan penguatkuasaan.

Itu amaran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad, 48, yang sekali gus turut membuka ruang kepada pelaku rasuah untuk tampil 'menyerah diri' secara sukarela bagi memungkinkan hukuman lebih ringan dipertimbangkan terhadap mereka.

"Datang sekarang, ini peluang yang saya buka, datang bila-bila masa sebelum diambil tindakan. Kalau sudah diambil tindakan baru nak jumpa kami, tak payahlah. Kalau dah rasa 'panas', datanglah.

"Kita akan kaji dan bincangkan dengan pihak Peguam Negara apa tindakan yang boleh diambil (untuk diringankan hukuman) kerana soal pendakwaan adalah di bawah tanggungjawab mereka," katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama di pejabatnya, di sini pada Sabtu. 

Tawaran itu walau dilontarkan dalam nada penuh toleransi, namun ketegasan bos baharu agensi rasuah negara itu jelas kelihatan apabila menyifatkan tidak akan 'pilih bulu' dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab suruhanjaya itu dalam usaha mencegah jenayah rasuah di negara ini.

Dzulkifli yang mengambil alih jawatan itu menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed bermula 1 Ogos lepas berkata fokus utama beliau sebaik dilantik menerajui SPRM ialah untuk menekankan peranan suruhanjaya itu dalam usaha meningkatkan integriti sama ada di sektor awam atau swasta.

Katanya dalam melaksanakan peranan itu, tidak mustahil amaran yang diutarakan itu diterjemahkan dengan serbuan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta yang berkaitan jika terdapat sebarang bukti pelakuan rasuah.

"Nantikan saja dalam masa terdekat ini, akan ada 'salam perkenalan' daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu," katanya.

Katanya tempoh dua minggu (sejak mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM) sudah cukup untuk beliau memahami mengenai suruhanjaya itu dan sudah sampai masanya untuk melihat hasil perlaksanaannya.
"Saya seorang lelaki yang kurang berkata-kata. Saya tidak banyak bercakap, saya seorang yang gemar melakukan dan mengambil tindakan. Saya ingin beri nasihat dan amaran kepada yang terlibat rasuah agar berhenti serta-merta.

"Ini bukan amaran kosong. Kepada sesiapa yang selama ini mempunyai pendapatan yang lain daripada gaji yang sepatutnya diterima, iaitu rasuah, sila hentikan," katanya.

AstroAwani.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena