Thursday 18 August 2016

25,000 Ahli UMNO Pagoh Akan Sertai Bersatu

Khamis, 18 Ogos 2016

25,000 Ahli UMNO Pagoh Akan Sertai Bersatu

umno_pagoh
Kunjungan Najib merasmikan persidangan UMNO Bahagian Kota Tinggi semalam, dibalas dengan berita ‘gembira’  dari  kem bertentangan iaitu keluarnya secara beramai-ramai ahli UMNO Pagoh.
Patutnya bila Presiden yang ‘disayangi’ datang, semuanya yang elok-elok sajalah, ini disambut dengan ahli keluar parti pulak lagi, bukan sikit pulak tu tapi beribu.
Menurut sumber yang rapat dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengesahkan sekurang-kurangnya 25,000 ahli UMNO Pagoh akan menyertai Bersatu tidak berapa lama lagi.
Buat permulaan, ahli dalam 5 cawangan UMNO dalam bahagian Pagoh yang bertindak keluar UMNO serta merta pada hari Muhyiddin dipecat akan menjadi gelombang pertama dari 25,000 orang yang menyertai Bersatu.
Menurut sumber yang sama, dengan Parlimen Pagoh mempunyai hampir 50,000 orang pengundi, kemasukan 25,000 orang ahli UMNO Pagoh ini akan memastikan Muhyiddin menang mudah dalam PRU14 yang akan datang.
Dikhabarkan, tempat tempat lain yang diwakili pemimpin kanan Bersatu ini seperti Jerlun (DS Mukkhriz), Semporna (DS Shafie) dan beberapa kawasan lain, akan turut berlaku keadaan yang sama.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena