Wednesday 17 August 2016

[Video] TU DIA! MO1 ialah SPBYDP Agong? MP (Umno) Langkawi diminta jangan bodohkan rakyat..."Pemakan dedak malulah kat ayam!"

Rabu, 17 Ogos 2016

TU DIA !!!.. MP Langkawi 'IR NAWAWI' mendakwa MO1 adalah YDP Agong.
Jika Agong adalah MO1.. adakah;
1) Agong ada jawatan 'authority with 1MDB' ?
2) Agong seorang 'public official' dlm kerajan ?
3) Agong ada hubungan keluarga dgn anak tiri Najib, Riza Aziz ?
4) Agong juga pernah dapat 'derma' AS$681 ke dalam akaun peribadi beliau ?
BILA DAH KANTOI MEMFITNAH YDP AGONG, mula lah nak spin putar belit katanya.. 'Malaysian Officer 1' tidak sama dgn 'Malaysian Officer No.1'..
HAKIKATNYA.. "Hanya orang bodoh tak tahu siapa MO1"
nawawi ahmad mg
Penjawat awam nombor satu negara (MO1) merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad.
Perkara itu dinyatakan Nawawi menerusi hujah soal jawabnya bersama seseorang bernama Allan Mor dalam Facebook beliau malam tadi.
Nawawi menjelaskan, mengikut Perlembagaan Persekutuan, penjawat awam nombor satu negara adalah Seri Paduka manakala Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara dan Speaker Parlimen sebagai penjawat awam berada pada hierarki di bawah Yang di-Pertuan Agong.
Sehubungan itu, Nawawi menegaskan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) tersilap dalam kenyataannya berhubung isu salah guna dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila menamakan individu yang difailkan saman sivil ialah MO1.
DOJ pada 20 Julai lalu memfailkan saman sivil ekoran dakwaan dana daripada syarikat milik kerajaan Malaysia, 1MDB, digelapkan.
Saman itu dikemukakan bagi membolehkan pihak berkuasa AS mendapatkan kembali aset bernilai lebih AS$1 bilion yang didakwa DOJ diperoleh melalui dana 1MDB. – Malaysian Mirror | FotoMalaysia Gazette

MO1 Adalah YD Agong: MP Langkawi Diminta Jangan Bodohkan Rakyat


Saya ingin mengingatkan Nawawi Ahmad, yakni Ahli Parlimen Langkawi supaya berhenti bercakap memalukan rakyat Langkawi. Saya orang Langkawi dan saya berhak bersuara untuk anak Langkawi. 

Tidak perlulah Ahli Parlimen Langkawi memalukan Langkawi dengan membuat kenyataan bahawa MO#1 adalah DYMM Yang Di Pertuan Agong. 

MO#1 adalah penjenayah. Jangan kaitkan Raja kami dengan sebarang jenayah kewangan negara. Carilah MO#1 di PMO!

DOJ sebut MO#1 lebih dari 30 kali dan beliau adalah individu berkuasa dalam 1MDB, bersaudara dengan Riza Aziz serta beliau juga memegang jawatan dalam pentadbiran negara. 

Sultan Kedah yakni DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong tiada jawatan dalam 1MDB. Baginda juga tiada tali persaudaraan dengan Riza Aziz. Baginda juga bukanlah penjawat awam.

Kenyataan Nawawi Ahmad telah menghina institusi Beraja negeri Kedah. Saya menggesa beliau segera memohon maaf secara terbuka kepada Duli Tuanku dan rakyat. Jika beliau enggan, saya kira rakyat boleh mendesak supaya segala pingat Yang dianugerahkan oleh Kesultanan Kedah ditarik balik dari beliau. 

Anina Saadudin

p/s Lain kali kalau nak bercakap pandang muka ayam. Jangan sampai kita malu dekat ayam selepas ayam pun malu dengaq apa kita bercakap. Malu kat ayam



BLM.

1 comments:

Unknown said...

Apa laaa tak tau2 sapa.. O1 ialah PokeMO1 dan sebab pendedak takut sanga menatang tu sebab @ bagi pokeMO1 ialah pokeMONG GOL..
dua nama paling najibalghunnah paling fobia....

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena