Monday, 15 August 2016

[Video] Laporan CCTV America News Tentang BERSIH...Kami mahu bawa balik wang negara, kata Husam dalam samannya di Amerika.

Isnin, 15 Ogos 2016


Kami mahu bawa balik wang negara, kata Husam dalam samannya di Amerika

Husam dan Matthias ChangHusam dan Matthias Chang
Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa mengaku beliau bersama bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mathias Chang menyaman lapan pihak di Amerika Syarikat kerana 'mencuri' wang negara melalui 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Kami telah menamakan lapan defendan dalam tuntutan untuk membawa balik harta negara yang dicuri ini tanpa menyentuh aset yang telah dibekukan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika kerana itulah adalah tugas kerajaan," kata Husam kepada Malaysia Dateline.
Menurut beliau, tindakan ini mula dibincangkan sejak pilihan raya Sarawak sedang berjalan lagi dimana beliau dan Matthias telah bertemu dengan peguam dari Amerika dan membuat keputusan untuk membuat saman itu.
Dokumen saman Husam dan Matthias di Mahkamah Daerah New York.Dokumen saman Husam dan Matthias di Mahkamah Daerah New York."Kami telah memulakan tindakan ini ketika pilihan raya Sarawak sedang berjalan lagi iaitu lebih awal dari pengumuman tindakan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat," kata Husam tanpa memberikan maklumat lanjut.
Ketika itu, katanya, pihaknya telah membuat keputusan untuk menyaman dan bertemu dengan peguam dari Amerika bagi menjalan proses itu.
"Maklumat lanjut kami akan berikan dalam sidang media sehari dua lagi," katanya.
Pilihan raya Sarawak telah berlangsung pada 7 Mei 2016 manakala Peguam Negara Amerika, Loretta E. Lynch mengumumkan tindakan DoJ membekukan aset yang dicuri dari 1MDB di Amerika pada 20 Julai (21 Julai waktu Malaysia).
Khamis lepas (Jumaat waktu Malaysia), Husam dan Matthias telah memfailkan 'putative class action' terhadap lapan defendan di Mahkamah Daerah New York dengan menggunakan juga segala dokumen yang dikemukan oleh DoJ ketika mengumumkan pembekuan aset yang dicuri dari 1MDB di Amerika.
Ekoran itu, Hollywood Reporter, sebuah portal berita dari Amerika telah melaporkan tindakan Husam dan Matthias itu pada Jumaatnya (Sabtu waktu Malaysia).
Lapan defendan yang dinamakan Husam adalah Riza Shahriz bin Abdul Aziz, Low Taek Jho, Golman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson, Metropolis 1X Capital Advisors.
Red Granite Pictures adalah penerbit filem Wolf of Wall Street; syarikat yang diasaskan bersama Christopher Joey McFarland; Riza Aziz dan Jho Low, ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang dikatakan kawan kepada Riza.
Bank pelaburan Goldman Sachs turut dinamakan bersama bekas pengurus banknya Timothy Leissner, yang mengatur bon dengan nilai berbilion dolar daripada 1MDB. Timothy didakwa mengambil sogokan dalam bentuk komisen.
Turut dinamakan ialah pengurus perniagaan Riza, Debra Whelan Johnson dan syarikatnya, Metropolis 1X. Mereka dituduh menguruskan wang Riza dengan pengetahuan ia diselewengkan.
Menurut dokumen mahkamah, Matthias dan Husam mendakwa semua defendan sedar menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi masing-masing, termasuk menganjurkan parti untuk bintang Hollywood Leonardo DiCaprio.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena