Tuesday 23 August 2016

"Kalau Saya Sihat, Saya Akan Aktif Dalam Amanah, Ini Nazar Saya" - Dato' Sheikh Mohd Nor Bin Mansor Al-Hafiz

Selasa, 23 Ogos 2016



"Kalau Saya Sihat, Saya Akan Aktif Dalam Amanah, Ini Nazar Saya".
Pertemuan Mahabbah di antara dua sahabat karib,
Alhamdulillah pertemuan ringkas di antara Asar hingga waktu Maghrib, menggamit dua tokoh mantan pimpinan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di dalam menghadapi pelbagai ujian dan cabaran bagi membawa masyarakat mengenali kefahaman & perjuangan Islam .
Tokoh yang di maksudkan ialah Al-Fadhil Ustaz Ahmad Awang yang berkunjung ke rumah Dato' Sheikh Mohd Nor Bin Mansor Al-Hafiz di Taman Meru Ipoh.
Mereka memulakan pertemuan dengan ramah mesra,dan bertanya khabar,
Lalu, sheikh terus minta penjelasan akan keadaan politik semasa Malaysia,
Lalu Ustaz Ahmad Awang memulakan muqadimah jawapannya dengan senyuman dan terus menceritakan sejarah PAS semenjak beliau pernah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS, sehinggalah ketika beliau dicalonkan untuk bertanding jawatan Presiden pada sesi muktamar pemilihan PAS yang lalu khusus sehinggalah membawa kepada penubuhan parti.
Bersama Ustaz Ahmad Awang dalam ziarah tersebut adalah Ustazah Rosiah ( isteri) dan anak UAA, Ustaz Rashidi (Pengarah Biro Syariah Pemuda Amanah Perak), anak muda dan juga blogger Al-Hussin. Tatkala kami asyik mendengar sejarah yang sentiasa mendewasakan kami, Sedar tak sedar Ustaz Ahmad Awang telah pun bercakap hampir 2 jam sambil di temani jamuan makanan yang telah di sediakan oleh tuan rumah (sheikh),
Ketika di saat-saat akhir pertemuan, sheikh memberi sedikit pandangan tentang keadaan politik negara.
Pertemuan ini menjadi semakin nostalgia apabila sheikh yang uzur tidak menginzinkan beliau untuk bercakap dengan lancar, oleh itu beliau menulis setiap persoalan dan jawapan yang diajukan,
Malah yang lebih menarik Ustaz Ahmad Awang juga turut menjawab persoalan itu dengan penulisan dan penerangan, indahnya ukhuwwah dua sahabat karib ini.
Akhirnya Ustaz Ahmad Awang meminta agar sheikh menyatakan Harapan kepada Ustaz Ahmad Awang,
Lalu beliau menulis,
Kalau Saya Sihat, saya akan aktif dalam Amanah, ini nazar saya".
Lalu di sambut dengan takbir, dan doa oleh Ustaz.,
Begitulah mesranya Dato Sheikh.Walaupun dalam keadaan yang tidak berapa sihat, beliau masih lagi mampu menghadiri mesyuarat-mesyuarat sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak, sebagai Pengerusi Lajnah Tashih Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan masih kekal menerajui Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP).
Beliau juga masih lagi merupakan Pengerusi Yayasan ADDIN yang mengendalikan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (ADDIN) sebuah institusi pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh berasaskan kebajikan dan memilih bidang hafaz Al-Quran sebagai subjek teras.
Ketika akhir sebelum kami menunaikan solat Maghrib bersama sheikh, beliau mengirim salam kepada Presiden Amanah Tuan Haji Mohamad Sabu.
Semoga pertemuan ini diberkati Allah dan semoga sejarah ini melakar suatu sejarah politik baru di Malaysia.
Takbir
Ahmad Saqif Ansorullah
(Sekretariat Penasihat Umum AMANAH)
22/8/2016,
Gunong Semanggol,Perak.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena