Tuesday, 23 August 2016

[Video] PAS perlu sedia lepas kerusi kepada BERSATU dan AMANAH & Mahkamah: K'jaan tak boleh tuntut ganti rugi daripada BERSIH

Selasa, 23 Ogos 2016



Mahkamah: K'jaan tak boleh tuntut ganti rugi daripada BERSIH

Mahkamah Rayuan dalam keputusan penting hari ini mengesahkan kerajaan dan polis tidak mempunyai hak untuk memulakan tuntutan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA) bagi mendapatkan ganti rugi yang dialami pada perhimpunan BERSIH 3.0 pada tahun 2012.
Ketika menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, panel tiga anggota menolak rayuan oleh pihak polis dan kerajaan terhadap anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 termasuk bekas pengerusi bersamanya Datuk Ambiga Sreenavasan.
Hakim Datuk Rohana Yusof berkata PPA tidak boleh digunakan untuk memulakan tuntutan itu.
Dua tahun lalu Hakim Datuk John Louis O Hara memerintahkan bahawa PPA adalah mengikut perlembagaan tetapi menolak tuntutan saman oleh kerajaan.
Hakim Rohana membuat keputusan itu bersama hakim Datuk Varghese George Varughese dan Datuk Mary Lim.
Setiap seorang daripada hakim berkenaan menulis penghakiman berasingan dalam keputusan itu tetapi Rohana yang mengetuai panel membaca keputusan ringkas.
Mengenai tuntutan balas oleh responden keenam, Wong Chin Huat, Hakim Rohana membenarkan sebahagian daripada rayuan kerajaan.
Mahkamah Rayuan mengesahkan penganugerahan RM10,000 sebagai ganti rugi teruk dan RM5,000 lagi bagi kesakitan dan penderitaan Wong, yang mendakwa polis membelasahnya semasa ditangkap.
Ambiga, yang menyambut baik keputusan bersejarah itu berkata: "Kami sangat gembira dengan keputusan ini dan kami juga gembira setiap hakim menulis penghakiman yang berasingan di bahagian undang-undang yang berbeza.
"Kami gembira bahawa mahkamah mengambil kes ini dengan serius dan membuat kesimpulan bahawa penghakiman Mahkamah Tinggi adalah betul."
Ambiga berkata keputusan itu bermakna kerajaan tidak boleh menyaman untuk mendapatkan ganti rugi di bawah PAA.
"Mahkamah memutuskan bahawa kerajaan telah gagal untuk membuktikan kes mereka dalam apa jua keadaan," kata bekas presiden Badan Peguam Malaysia itu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena