Tapi kini nampaknya 'Hudud Nyawa Pas' itu yang disebut-sebut Haron Din sudah dicabut oleh rakan
gabungan barunya IKATAN.
"Teras Perjuangan Gagasan Sejahtera" tu langsung tak menggambarkan dan mencerminkan wajah PAS. Kalau setakat "Mempertahankan Islam sebagai Agama Rasmi Negara" DAP pun selama ni takdak masalah mempertahankan perkara teras tu,
Kredit imej: Megat |
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Blok ketiga yang dibentuk antara Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) kini dikenali sebagai Gagasan Sejahtera (Gagasan).
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata, Gagasan mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera serta menjadikan perjuangan membela rakyat sebagai keutamaan. - Utusan-
Walaupun PAS nampak bersungguh untuk tarik perhatian ramai dengan menjenamakan semula kerjasana antara PAS dengan parti Kadiq Syeikh Fadzir tt tapi malang bagi PAS nampaknya khalayak politik Malaysia langsung tak tertarik, langsung tak hairan.Dari perhatian aku tokoh-tokoh politk Malaysia tak kira dari Umno BN ataupun parti-parti pembangkang langsung tak berminat nak ulas penjenamaan semula 'blok ke 3' tu.
Yang ada pun cuma 'komemn bodek' dari pemimpin PAS sendiri yang kata menyokong penubuhan Gagasan Sejahtera tu.
Cuma di media sosial terutamanya facebook saja nampak sikit kecoh tu pun dikalangan yang cukup berminat menghentam PAS.
Bagi golongan yang agak objektif depa kritik "Teras Perjuangan Gagasan Sejahtera" tu.
GAGASAN SEJAHTERA menjadikan perkara berikut sebagai Teras Perjuangan bersama:Langsung tak nampak walaupun bayangan hudud, satu isu yang PAS cukup ambil berat sampai bukan setakat sanggup berpatah arang dengan DAP malah berperang dengan ahli sendiri sampai tertuduhnya Amanah parti serpihan PAS.
(i) Mempertahankan Perlembagaan Negara dan prinsip-prinsipnya;
(ii) Mempertahankan Islam sebagai Agama Rasmi Negara dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi, Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan Negara
(iii) Mempertahankan Prinsip Raja Berperlembagaan
(iv) Mempertahankan dan meningkatkan kedaulatan serta keselamatan negara dan rakyat
(v) Memperkasakan keberkesanan Sistem Pendidikan Negara yang menekankan pembangunan nilai bagi melahirkan insan yang bermotivasi, kompetitif, berilmu dan berkemahiran tinggi
(vi) Mempertahan dan memperkasakan prinsip Federalisma yang adil dalam kesemua aspeknya
(vii) Meningkatkan toleransi dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama sambil memperkasakan jatidiri setiap kaum menjadikan kepelbagaian sebagai aset serta kekuatan rakyat
(viii) Mengangkat integriti, ketelusan, kecekapan dan mesra-rakyat dalam sistem pentadbiran negara, sekaligus menghapuskan unsur negatif seperti salahguna kuasa, kronism, nepotism dan rasuah
(ix) Memartabatkan negara sebagai sebuah kuasa ekonomi yang kompetetif dan disegani di peringkat tempatan dan dunia melalui prinsip keadilan sosial dan ekonomi berasas
(x) kan kepada pembangunan nilai insan, keupayaan sains, teknologi dan inovasi, serta pengupayaan sumber tempatan. - PAS.
"Teras Perjuangan Gagasan Sejahtera" tu langsung tak menggambarkan dan mencerminkan wajah PAS. Kalau setakat "Mempertahankan Islam sebagai Agama Rasmi Negara" DAP pun selama ni takdak masalah mempertahankan perkara teras tu, malah sangat selalu keluarkan kenyataan mempertahankannya Islam sebagai Agama Rasmi.
Satu puak lagi yang lebih riuh di facebook adalah golongan cybertrooper 'kaki troll' dan "kaki maki" PAS dan pemimpin PAS.
Depa ni lebih minat dengan singkatan atau akronim gagasan kerjasama PAS dan Ikatan tu dan depa berjaya memperpularkan akronim PIGS untuk sinkatan kepada PAS Ikatan Gagasan Sejahtera.
Walaupun pada aku agak keterlaluan tapi peluru tu nampaknya sangat mujarap untuk tutup mulut cybertroopers 'walaun' yang sebelum ni cukup seronok guna istilah PANDAP, WalaDAP, PANkhianat, DAPig dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment