Monday, 22 August 2016

[Video] 'Malaysian Official 1 yang jejas imej negara, bukan kami' & 'Rakyat perlu ulama berani, bukan kaki label'.

Isnin, 22 Ogos 2016




'Rakyat perlu ulama berani, bukan kaki label'

Sebahagian ulama di negara ini dilihat lebih gemar menghukum dan melabel pihak tidak sealiran dengan mereka namun tidak bersuara terhadap kemelut rasuah yang berlaku terutamanya membabitkan 1MDB.
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata rakyat di negara ini sebenarnya menantikan ulama untuk mengetuai gerakan menentang rasuah terutama melibatkan pimpinan negara.
Masalahnya, kata Mohamad, di negara ini 'kaya' dengan ulama yang gemar melabel pihak tidak sependapat dengan mereka dengan pelbagai gelaran, termasuk munafik, liberal, pengkhianat, khadam dan perkataan jelek lain.
“Sedangkan, rakyat menunggu mereka yang muncul untuk memimpin seperti Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong.
“Menjelmalah orang seperti ini untuk menjadi ikutan rakyat supaya kita dapat menentang segala bentuk korupsi.
"Kami dahagakan ulama-ulama seperti itu, bukan ulama yang menghukum seperti sekarang ini,” kata Mohamad dalam kenyataannya hari ini.
Isu 1MDB pernah dibangkitkan pelbagai pihak termasuk di parlimen, bermula dengan pendedahan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia kemudian diulangi beberapa anggota parlimen termasuk Rafizi Ramli (Pandan) dan Tony Pua (Petaling Jaya Selatan).
Portal Sarawak Report kemudian membuat pendedahan lanjut sehingga berlaku pergolakan besar menyaksikan Tan Sri Abdul Gani Patail dihentikan dan seorang pegawai kanan Cawangan Khas Bukit Aman diambil tindakan.
Ganti penguasa rasuah
Baru-baru ini Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil ke mahkamah untuk merampas pelbagai aset dianggar bernilai AS$1 bilion didakwa diperoleh melalui penyelewengan dana 1MDB.
Beberapa nama muncul dalam dokumen itu, termasuk anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, serta hartawan muda kelahiran Pulau Pinang Jho Low yang turut didakwa mempunyai hubungan rapat dengan perdana menteri.
Satu lagi individu disebut dalam dokumen DOJ itu ialah Malaysian Official 1 yang tidak didedahkan identiti sebenarnya.
Antara aset yang dimaksudkan ialah rumah agam, lukisan bernilai jutaan dolar, jet peribadi dan kutipan filem Hollywood The Wolf of Wall Street.
Mohamad berkata ulama terdahulu seperti Abdul Rahman Limbong diingati kerana berani bangkit menentang British (yang menjadi kerajaan ketika itu) serta mengkritik sistem percukaian yang dikenakan terhadap penduduk Terengganu.
Ayatollah Kashani pula, kata Mohamad menggerakkan rakyat Iran menumbangkan kerajaan diktaktor Shah yang terpalit dengan penyalahgunaan kuasa dalam perniagaan tembakau dan memiskinkan petani.
"Penentangan daripada rakyat berhubung isu rasuah sangat perlahan kerana tidak ada golongan ulama yang menegur pemerintah," katanya.
Justeru Mohamad menyeru supaya pemerintah yang terlibat dengan rasuah dijatuhkan dan diganti dengan pemerintah yang lebih adil.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena