Wednesday, 24 August 2016

[Video Kami tetap mahu ke Dataran] FBI cari baginda tuanku? "Nak tahu siapa dia MO1... mari bersama ke Dataran Merdeka".

Rabu, 24 Ogos 2016

FBI cari baginda tuanku?











Berita ini meledak. Berita ini membawa gempar. Berita ini amat amat menakutkan. Apa maknanya kenyataan dari Tuan Haji Nawawi ini? Bayangkan jika sahih Yang di-Pertuan Agong menjadi MO1 - apa akan terjadi.
Maknanya FBI akan masuk ke Istana Negara. Maknanya FBI akan menangkap raja kita untuk dibawa ke Amerika. Maknanya - di mana muka kita sebagai rakyat hendak kita sorokkan. Maknanya PERKASA dan Jaringan Melayu akan melaungkan semboyan perang menentang Amerika. Maknanya Jamal Ikan Bakar akan dapat bajet untuk berdemo depan kedutaan Amerika. Maknanya Ali Tinju akan bergaduh dengan Jamal untuk merebut dana Baju Merah. Maknanya Tajuddin Rahman dari Pasir Salak akan bersilat sekali lagi di Jalan Petaling kali ini memakai cawat merah.
Penyokong Ali Tinju akan menghantuk-hantuk kepala sekali lagi di hadapan Sogo. Kali ini mungkin menggunakan buah kelapa. Semua NGO Melayu siap siaga untuk melawan Amerika. Bayangkan - semua ini muncul hasil dari kenyatan Tuan Haji YB Langkawi.
Apakah kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan Amerika? Soalan macam ini menjadikan gua terus kelam kabut.
Dalam keadaan ini gua menjadi marah. Gua marah kepada Puan Loretta Lynch. Kenapa tidak bercakap dengan terus terang. Kenapa gunakan Malaysian Official 1? Kenapa tidak tuliskan siapa nama Malaysian Official 1 ini.
Gua tidak tahu apa sebab musabab pihak Department of Justice America (DOJ) tidak mahu menyebut si polan bin si polan sebagai Malaysian Official 1. Adakah seekor gajah sedang berselindung di belakang Puan Loretta Lynch? Atau adakah ini strategi Encik Andrew MacCabe, timbalan pengarah FBI untuk memerangkap Riza Aziz a.k.a anak Najib dan Jho Low a.k.a cina tembam. Wallahualam.
Ketika rasa marah kepada DOJ membuak, gua juga merasa kagum dengan Tuan Haji YB. Di Malaysia ini ada 30 juta penduduk. Tetapi tidak seorang pun seperti Tuan Haji YB ini. Beliau menyelesaikan persoalan dengan tuntas lagi ilmiah. Bukan dengan pukul curi. Bukan dengan agak-agak. Beliau membuat kajian ilmiah dan membuktikan bahawa Agong kita ialah Malaysian Official 1. Syabas.
Bayangkan - kenyataan dari FB ini telah menjemput pelbagai jawapan. Ramai yang mengatakan bahawa Tuan Haji YB ini bangang lagi bodoh. Ramai yang mengutuk dan menghina Tuan Haji YB ini. Para royalis dan feudalis semuanya marah kerana nama Yang di-Pertuan Agong dipalitkan dengan kes rompakan 2.6 bilion ringgit.
Paling menakutkan ialah soalan yang mucul dari mulut Mahathir. Bekas perdana menteri ini telah bertanya sambil menyoal - jika Agong ini Malaysian Official 1 apakah Riza Aziz itu anak tiri baginda. Ya Ampooon. Meremang bulu tengok gua apabila membaca soalan dari Tun M ini. Badan gua menggigil takut kerana apa yang sedang berlegar dalam kepala gua ini amat-amat menakutkan gua sendiri.
Gua tergambar katil besi dan anak gajah. Yang lainnya demi Zeus gua tak berani nak tulis. Ya Ampooon - dijauhi malaikat empat puluh empat. Riza Aziz bukan anak tiri Agong. Tak mungkin. Mustahil.
Tup tup Istana membuat kenyataan meminta jangan dibabitkan Istana dengan kes rompakan yang telah dijalankan oleh anak Najib dan Cina tembam. Maaf. Istana tidak menggunakan istilah atau menyebut Cina tembam. Ini bahasa gua kerana gua merasa amat marah apabila Agong dipalitkan dengan kes rompakan. Ampon Tuanku.
Kenyataan dari Istana ini tidak diambil pot oleh Tuan Haji YB. Yang Berhormat dari Langkawai ini berkata - apa perlu minta maaf kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. Betul tepat. Kenyataan YB ini muncul dari kajian bukan ciplakan seperti lagu Terang Bulan. Memang hebat Tuan Haji YB ini. Gua amat yakin dalam urat lidah Tuan Haji ini ada mengalir darah Pahlawan Bugis. Kerana itu beliau cekap bersilat lidah. Ampon Tuanku.
Pusing punya putar kita kembali persolaan hakiki kurun ini - siapa dia MO1 ini.
Kalau di Greece empat ribu tahun dahulu - apabila warga kota Athens ingin tahu sesuatu mereka akan pergi bertanya kepada Delphi. Tempat bersemayam dewa dewi ini terletak diatas bukit tepi kota Athens. Delphi yang dianggap pusat dunia ini akan memberi jawapan kepada apa saja soalan.
Manakala warga Mesir di zaman Firaun jika dalam kesusahan dan ingin bertanya sesuatu mereka akan pergi berjumpa Abu al-Hual atau Sphinx di Giza. Mengikut surah yang disurahkan semua persoalan dapat dijawab oleh Abu al-Haul ini.
Bani Melayu juga ada tradisi seperti ini yang diturun temurunkan dari Orang Asal suku Biduanda. Gua difahamkan jika bani Melayu ingin mengetahui sesuatu maka perlu ditilik melalui air dalam tempurung. Air ini wajib datang dari tujuh perigi. Jampi serapah wajib dibacakan untuk memanggil segala dewa dan dewi seru sekelian alam. Jika niat suci maka akan muncul bayangan jawapan itu dalam tempurung yang berisi air.
Memang gua sudah bersedia untuk menilik air dalam tempurung. Gua ingin menyelesaikan dengan tuntas - siapakah dia MO1 ini. Untuk melunaskan ini gua telah dapatkan tempurung kelapa. Gua telah dapatkan manek urai. Gua telah dapat kemenyan batu. Gua telah mengumpul tujuh batang serai gajah. Malah dua ekor ayam dara hitam berkaki hitam juga ada dalam simpanan gua. Semua barang ini - walau pun pelik bunyinya - amat diperlukan untuk membuat kerja ‘menurun dan menilik’. Ini syarat turun temurun ajaran tok batin Gunung Sibuntang.
Mencari bomoh dan pawang bukan satu masalah dalam kota kosmopolitan seperti Kuala Lumpur ini. Memang ramai pawang dan bomoh di Kuala Lumpur. Pergi sahaja ke tempat jual beli saham Toto Vincent Tan kita pasti akan bertemu dengan tok bomoh yang membuka pejabatnya di tepi kedai milik Vincent Tan. Amin.
Yang paling susah untuk gua mentuntaskan malam menilik MO1 ini ialah mencari air dari tujuh buah perigi. Gua gagal. Hingga ke hari ini gua baru bertemu dengan dua perigi.
Sayang sekali - baru gua sedar dan faham kenapa semua ubat dan jampi serapah tok bomoh hari ini sudah tidak mujarab lagi - tidak boleh dipakai. Tok bomoh hari ini menggunakan air paip. Jampi dan serapah telah bercampur dengan klorin.
Kisah punya kisah kita masih belum dapat gua menyelesaikan masalah induk. Persolaan hakiki kurun ini masih belum ada jawapan.
Tun Mahathir telah berkata bahawa hanya orang bangang sahaja yang tidak tahu siapa dia Malaysian Official 1 ini. Bila gua terbaca kenyataan Tun ini berdesing juga telinga gua kerana Tun pun sama seperti Puan Loretta Lynch tidak menyebut nama tepat si malaon ini.
YB Rahman Dahlan dari Kota Belud pun sama macam Tun Mahathir. YB Kota Belud ini telah berkata bahawa : siapa dia Malaysian Official 1 amat jelas. Dalam jelas-jelas ini tidak juga diberi nama siapa sebenarnya si malaon ini.
Tapi gua rasa semua ini akan selesai dengan tuntas pada hari Sabtu 27 haribulan Ogos ini. Gua diberitahu bahawa satu gerakan anak muda akan mengadakan perhimpunan besar. Diuar-uarkan 10,000 anak muda, pelajar dan mahasiswa akan turun ke Dataran Merdeka pada jam 2 petang di hari tersebut. Tujuan perhimpuan ini ialah untuk menangkap Malaysian Offcial 1. Aduh ini hebat.
Untuk saat ini gua tidak berani menuduh secara melulu. Gua takut dianggap tulah kepada sultan. Gua tidak mahu derhaka terhadap Agong. Gua gentar akan didakwa sekali lagi di bawah Akta Hasutan 1948 kalau gua katakan bahawa Malaysian Official 1 ialah…..
Tapi gua akan hadir pada petang sabtu 27 haribulan ini. Gua nak lihat muka Malaysian Offcial 1 yang akan ditangkap oleh mahasiswa. Kalau nak tahu siapa dia Najib opps… silap, siapa dia Malaysian Official 1 mari bersama ke Dataran Merdeka. 
Malaysiakini.

1 comments:

Valeria armita rahayu said...

Asslamualaikum....
saya hanya sebagai perantara untuk menyampaikan tentang angka togel dan pesugihan, bisa menyelesaikan permasalahan hidup anda.
Permasalahan akan tuntas dengan ilmu gaib yang kasat mata.
Ritual adalah jalannya ilmu gaib menuju kesuksesan
Kami hanya menginpormasikan buat Semuanya bagi yg mengalami kesulitan apapun itu jika menurut Anda itu sulit diselesaikan
Anda bisa Konsultasi atau minta bantuan kepada orang yg saya temui kemarin yg sangat bisa di percaya yaitu Atas nama Mbah Wirang,
Beliaulah kemarin yg telah membantu Saya dan keluarga terlepas dari Masalah yg menurut kami begitu Sulit untuk di selesaikan bersama yaitu masalah Hutang sama tetangga dan Rentenir kurang lebih 327 Juta, mungkin bagi orang yg mampu hutang segitu tidak lah sulit namun bagi kami itu malah sebaliknya…
Beliau kemarin membantu kami dengan 2 cara permainan togel dan pesugihan,,,
Sayapun mengadukan Nasib saya di permainan Togel singapur kemarin alhamdulillah Ternyata hasilnya tdk mengecewakan, kami menang banyak di 3 putaran Kami bersyukur dgn hasil tersebut dan akhirnyapun kami lepas dari hutang piutang yg ada,,,
Serta kami punya modal besar untuk usaha warung kami,,,kami mengucapkan banyak terimah kasi Atas jasa Mbah Wirang kepada kami sekeluarga karna Tanpa bantuannya mungkin kami belum bisa
Seperti sekarang,,,,,
Dan Info bagi anda yg butuh bantuan Mbah Wirang silahkan telpon di 082346667564 / +6282346667564 insya allah mbah siap membantu anda, tapi mbah bukan munafik, mbah tidak menerima imbalan/sogokan dalam bentuk apapun, kecuali MAHAR yang sudah dijelaskan, karna Mahar tersebut mbah gunakan buat keperluan RITUAL tidak dan harus disiapkan, dibayar sebelum RITUAL

UNTUK ANDA YANG INGIN MENGETAHUI CARA BERGABUNG JADI ANGGOTA MEMBER MBAH WIRANG SILAHKAN KUNJUNGI ; http://prediksinomortogelhariini.blogspot.com SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena