Saturday 13 August 2016

WOWW, Kes 1MDB terbesar di dunia jadi kebanggaan negara! Dari Kudat Sabah...Jom Tangkap MO1.

Ahad, 14 Ogos 2016
WOWW !!.. Tidak dinafikan siasatan skandal kewangan 1MDB yg jadi kebanggaan negara adalah yg terbesar di dunia kerana 8 buah negara sedang aggresif utk menyiasatnya malah terdapat beberapa negara sudah jalankan pendakwaan terhadap individu2 yg terlibat dlm skandal kewangan tersebut.

WOWW !!.. tetapi di Malaysia semuanya dah 'SETTLE'.. Najib, Jho Low, anak tiri Najib & kuncu2nya tetap bebas ke sana ke mari terbang ke luar negara..

Dari Kudat Sabah...Jom Tangkap MO1
Sdra Faiz (TKP Pemuda Amanah Nasional) dan Sdra Fakhrul Razi (NKP Pemuda Amanah Nasional) Bersama AJK Pemuda Amanah Negeri Sabah
KENYATAAN MEDIA : 13 OGOS 2016
PEMUDA PAKATAN HARAPAN
PEMUDA PAKATAN HARAPAN (PH), MENDOKONG PENUH HIMPUNAN‪#‎TangkapMO1‬.
Malaysia perlu diselamatkan daripada kepincangan urustadbir yang saban hari semakin membimbangkan. Terbaru, laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US DOJ) menerangkan secara terperinci penyelewengan berbillion ringgit dana rakyat Malaysia melalui syarikat milik penuh Kerajaan iaitu 1 Malaysia Develepoment Berhad (1MDB).
Merujuk laporan tersebut, 14.12 bilion ringgit dana 1MDB dicuri dan digunakan untuk kepentingan peribadi seperti membayar hutang berjudi di Las Vegas dan juga menganjurkan parti mewah. Tiga individu didakwa bertanggungjawab dan dua daripadanya disebut dengan jelas dalam laporan tersebut iaitu Rizza Aziz dan Jho Low, namun seorang lagi hanya dinyatakan sebagai Malaysian Official 1.
Sehingga hari ini rakyat Malaysia dibiar berteka-teki mengenai siapa individu disebalik nama Malaysian Official 1 yang disebut sebanyak 32 kali dalam laporan US DOJ. Individu ini juga dipercayai menjadi dalang yang bertanggungjawab menyusun atur aktiviti 1MDB dan telah menerima ratusan juta dolar melalui 1MDB yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.
Amat menghairankan apabila Kerajaan Malaysia seperti acuh tidak acuh dalam menyelesaikan teka-teki ini. Tiada jawapan, tiada penjelasan, apatah lagi tindakan tegas untuk mencari kebenaran disebalik jenayah yang dilakukan oleh ‘’Malaysian Official 1”. Pemuda PH beranggapan adalah tidak sukar untuk Kerajaan Malaysia memperjelaskan siapa Malaysian Official 1, melainkan ada sesuatu yang sengaja ingin dilindungi demi kepentingan pihak tertentu.
Menyedari tanggungjawab dan keperluan untuk menyelamatkan Malaysia daripada jenayah peringkat tertinggi ini, Pemuda PH sepakat untuk menyatakan solidariti terhadap himpunan aman‪#‎TangkapMalaysianOfficial1‬ (#TangkapMO1) yang akan dijalankan di Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2016 jam 2 petang. Sehubungan itu Pemuda PH akan menggerakkan segenap jentera bagi memberi sokongan mobilisasi, keselamatan dan perundangan terhadap himpunan ini.
Pemuda PH juga ingin mengingatkan kepada Kerajaan Malaysia, PDRM dan para pentadbir universiti supaya dapat memberi ruang kepada mahasiswa dan anak muda bersuara. Suara mahasiswa merupakan suara kuasa ketiga yang bebas daripada kepentingan politik. Oleh itu sewajarnya pandangan mereka bukan sekadar didengar, malah diiktiraf sebagai sumbang saran untuk pemerintah.
Pemuda PH juga ingin merakam tahniah kepada kumpulan mahasiswa dan anak muda yang mengasaskan usaha ini. Semoga usaha ini akan menjadi mangkin untuk kita mencapai impian Malaysia yang lebih sejahtera. Ayuh anak muda Malaysia, kita turun ke himpunan #TangkapMO1, pada 27 Ogos nanti.
Sekian. Terima kasih
Kenyataan ini dikeluarkan secara bersama oleh :
YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Angkatan Muda Keadilan.
YB Wong Kah Woh, Ketua DAPSY Kebangsaan.
Sdra. Mohd Sany Hamzan, Ketua Pemuda AMANAH.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena