Tuesday 16 August 2016

[Video Olimpik Rio 2016] Seteru dalam politik, tidak di gelanggang badminton & Reaksi Chan Peng Soon/Goh Liu Ying | Separuh Akhir Beregu Campuran...

Selasa, 16 Ogos 2016



Seteru dalam politik, tidak di gelanggang badminton

Seperti ramai lagi rakyat Malaysia, ahli-ahli politik daripada parti berbeza pandangan, yang sering mengkritik satu sama lain, kini bersama di belakang pasukan badminton negara di Sukan Olimpik Rio De Janeiro.

Ini susulan kejayaan terbaru Malaysia menempa nama di peringkat separuh akhir regu lelaki dan peringkat akhir regu campuran.

Sebelum ini, rakyat Malaysia cuma meletakkan harapan di baru pemain berseorang negara Datuk Lee Chong Wei untuk emas pertama, dengan kejayaannya melangkah ke suku akhir.

Tetapi kini, terdapat kemungkinan baru tiga pingat emas boleh direbut.
Pasukan regu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong sebelum ini mengalahkan pasukan handalan Korea Lee Yong Dae- Yoon Yeon Seon untuk bertemu regu China Chai Biao-Hong Wei pada separuh akhir pada jam 8.30 malam (waktu Malaysia) ini.
Manakala regu campuran Chan Peng Soon-Goh Yiu Ling akan berdepan regu Indonesia Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dalam final 11.30 malam esok.

Di Twitter, kedua-dua pihak – pemimpin kerajaan dan pembangkang – saling memuji prestasi pasukan negara dan berharap yang terbaik daripada mereka.





Malaysiakini. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena