Wednesday, 17 August 2016

[Video] 'MB T'ganu, terima kasih kerana TIDAK SUDI beli RoadBike untuk kami' - ‘The Pocket Rocket Man’

Rabu, 17 Ogos 2016

Terima kasih MB kerana tidak bantu saya, kata Azizulhasni

 | August 17, 2016
Secara sinis, pemenang pingat gangsa dalam Olimpik Rio itu juga berterima kasih kepada MB Terengganu kerana enggan membelikan basikal ‘RoadBike’ untuk kegunaan persiapannya ke Olimpik.
azizulhasni-razif
PETALING JAYA: Azizulhasni Awang, pemenang pingat gangsa di Olimpik Rio 2016, semalam mendedahkan beliau tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan negeri Terengganu, negeri kelahirannya itu.
Popular dengan nama jolokan ‘The Pocket Rocket Man’, Azizul dengan nada sinis berkata beliau tetap mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif meskipun tidak melayan permintaannya untuk mendapatkan bantuan dalam membuat persiapan ke Olimpik.
“Saya dan Fatehah Mustafa masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun Datuk MB tidak berkenan membantu kami, dua anak jati Terengganu yang berjuang di peringkat dunia dan Olimpik.
“Terima kasih kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal ‘RoadBike’ untuk kegunaan kami dalam persiapan Olimpik walaupun kertas cadangan dihantar lebih setahun sebelum Olimpik Rio.
“Terima kasih juga kerana tidak memberikan balasan dan membisu apabila pengurus saya menghubungi Tuan Menteri Besar,” katanya dalam status Facebook, hari ini.
Fatehah turut mewakili negara dalam acara basikal tetapi tersingkir lebih awal.
Azizul berkata beliau berharap menerusi kemenangan ini, Ahmad Razif dan pihak bertanggungjawab membuka mata dan mengambil isu itu sebagai sesuatu yang positif.
“Untuk pengetahuan Datuk MB, Saya dan Fatehah, atlet bertaraf dunia dan Olimpik yang sentiasa terlepas pandang oleh Datuk MB. Mungkin ia kerana faktor yang kami berlatih di luar negara,” katanya.
FMT.
Krikk.. Krikk.. Krikk..

Bila dah menang atas usaha sendiri tanpa bantuan KERAjaan dan diluahkannya, tup-tup bakal kena siasat...

KERAjaan mana tu ??!!

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena