Wednesday, 10 August 2016

Flashmob #TangkapMO1 serentak di seluruh negara pada 19 Ogos..."Kami mahu identiti M01 didedahkan".

Rabu, 10 Ogos 2016
Mat Sabu urges solidarity with youths in rally against 'MO1'

Demo 'tangkap MO1' turut dianjur di Johor, Sabah


Selain himpunan di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini, acara sama bagi mendesak tindakan pada “Malaysian Official 1” akan turut diadakan di Johor dan Sabah.


Kumpulan belia yang memperkenalkan diri sebagai “Gabungan #TangkapMO1” berkata perhimpunan di Kota Kinabalu akan diadakan sama dengan acara di Kuala Lumpur pada 27 Ogos.

Manakala di Johor Bahru pula, menurut mereka, akan berlangsung lebih awal pada 13 Ogos “sebagai kempen menuju perhimpunan kemuncak”.

Menyasarkan jumlah besar, jurucakap penganjur Anis Syafiqah Md Yusof berkata pihaknya telah menyusun beberapa siri ceramah bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai isu berkaitan 1MDB.
Ia, katanya, termasuk ceramah di Kelantan pada 13 Ogos, di Perak pada 20 Ogos, diikuti tempat-tempat lain seperti Pulau Pinang, Pahang dan Kedah.

Gabungan itu juga merancang flashmob serentak di seluruh negara pada 19 Ogos.
Selain itu, kempen di Internet pula menyeru orang ramai menukar gambar profil laman sosial masing-masing kepada logo kempen #TangkapMO1 yang boleh didapati melalui laman Facebook Tangkap MO1.
Anis berkata demikian dalam sidang media di sebuah restoran di Kuala Lumpur hari ini.

Selain mahu identiti M01 didedahkan, himpunan itu turut mahu individu itu dihadapkan ke muka pengadilan.

Dalam himpunan hujung bulan di ibu negara, mereka merancang berarak daripada beberapa tempat ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Terdahulu Jabatan Kehakiman (DOJ) memfailkan saman untuk menyita aset bernilai kira-kira AS$1.5 bilion yang berkaitan dengan 1MDB.
Ia sebahagian daripada dana AS$3.5 yang didakwa disalah guna dan aset lain yang terlibat termasuk rumah mewah, karya seni, jet peribadi dan kutipan filem Hollywood The Wolf of Wall Street.

Selain anak tiri perdana menteri, Riza Aziz dan jutawan kontroversi Jho Low, nama M01 disebut 36 kali dalam saman sivil setebal lebih 100 halaman itu.
Pengkritik mendakwa M01 merujuk kepada Najib.

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata DOJ hanya menyebut MO1 dan tidak menamakan Najib kerana beliau tidak terlibat atau menjadi sebahagian daripada siasatan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena